Strategi Pemasaran Internet - Produk Digital - Pelaburan Hartanah





Tuesday, November 30, 2010

Tips Motivasi Kejayaan:


"Setiap Orang Memang Dilahirkan Untuk Berjaya, Asalkan Mereka Tahu Dimana Kekuatannya Lalu FOKUS Terhadapnya dan Juga Tahu Dimana Kelemahan Diri Sendiri, Lantas Menghindarinya"...Master Hasryn

Thursday, November 25, 2010

Tips Motivasi Kejayaan:

Tips Motivasi Kejayaan: Allah SWT Berfirman Yang Bermaksud: "Dan Bahawasanya Seorang Manusia Tiada Memperoleh Selain Apa-apa Yang Diusahakannya. Bahawasanya Usahanya Itu Kelak Akan Diperlihatkan (Kepadanya). Kemudian Akan Diberi Balasan Kepadanya Dengan Balasan Yang Paling Sempurna" (Surah An-Najm 39-41)

Sunday, November 21, 2010

Tips Motivasi Kejayaan:


"Setiap Orang Dikurniakan Jumlah Masa Yang Sama Dalam Sehari Iaitu 24 Jam. Tetapi Masih Ada Diantara Kita Yang Berjaya Dan Ada Juga Yang Masih Belum Berjaya. Kejayaan Dan Kekayaan Bukan Bergantung Kepada Jumlah Masa Kita Bekerja, Tetapi Bergantung Kepada Berapa Smart, Terancang Dan Betapa Bersungguh Kita Melakukannya Sehingga Habis Dan Ia Juga Bukan Bergantung Kepada Siapa Kita"... Master Hasryn

Monday, November 15, 2010

Profil Master Hasryn


Master Hasryn – Minatnya terhadap perniagaan sudah sebati dalam dirinya sejak kecil lagi. Sudah mula berjinak-jinak berniaga sejak zaman persekolahan. Seorang perunding takaful dan kewangan Islam. Kini menjalankan perniagaan 3T (Training/ Takaful dan Trading). Juga menjalankan beberapa perniagaan produk melalui internet. Antara produk kelolaannya termasuklah: kompasskiblat.com, salawatherapy.com, mysmartbookmark.com dan beberapa produk lain. Berpegang kepada prinsip: “kita boleh menjual apa sahaja, di mana sahaja, dengan apa harga sekalipun, jika kita tahu cara mempengaruhi minda dan emosi pelanggan, dan mereka tidak akan teragak-agak malah tidak sabar mengeluarkan duit untuk memilikinya”.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) dan berbakat dalam seni pengucapan, pidato, syarahan, persembahan, pengacaraan dan seni penulisan. Bakat inilah yang telah membawanya sehingga mewakili Pelajar-pelajar Farmasi Malaysia ke Khon Kaen, Thailand pada tahun 2008 membentang kertas kerja penyelidikan di sana. Antara pencapaiannya termasuklah pernah dianugerahkan Pingat Jasa Terpuji oleh Badan NGO, PBSM Malaysia. Bakat kepimpinan terserlah apabila menerajui Pelajar-pelajar Farmasi sewaktu di Universiti (Presiden) dan sebagai Naib Presiden Persatuan Pelajar Farmasi Malaysia (MyPSA).

Pernah 2 kali dianugerahkan Award “Top Salesperson”oleh Peoplepreneur Business School (sebuah komuniti usahawan Malaysia). Minatnya adalah mendalami kepakaran dalam bidang seni jualan, seni pidato dan pengucapan awam, NLP, Reiki, Mind Maping, Numerology, Seni Falsafah dan Astrologi. Sentiasa positif dan dahagakan ilmu dan memastikan setiap hari pasti ada bahan atau bacaan baru yang akan dipelajari kerana pembelajaran yang berterusan akan mengangkasakan kita dan membezakan kita dengan orang lain. Kata mutiara sebagai titipan profil: “Kita mampu menjadi ‘somebody’ 5 hingga 10 tahun dari sekarang bergantung kepada 2 perkara; yang pertama ialah buku apa yang kita baca dan yang kedua adalah dengan siapa kita berkawan dan bergaul.”

Motivasi Perniagaan:

 
“kita boleh menjual apa sahaja, di mana sahaja, dengan apa harga sekalipun, jika kita tahu cara mempengaruhi minda dan emosi pelanggan, dan mereka tidak akan teragak-agak malah tidak sabar mengeluarkan duit untuk memilikinya produk atau servis kita”. Master Hasryn

Wednesday, November 10, 2010

Motivasi Kewangan

Allah berfirman: "Tidak ada dosa atas kamu untuk mencari kekayaan dari Tuhanmu. Bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah rahmat Allah" (Surah al-Jum'ah:60)

Tuesday, November 9, 2010