Strategi Pemasaran Internet - Produk Digital - Pelaburan Hartanah





Showing posts with label al-quran. Show all posts
Showing posts with label al-quran. Show all posts

Friday, September 16, 2011

Tips Motivasi Islamik : Tips Menghafaz Al-Quran

Tips Motivasi Islamik : Tips Menghafaz Al-Quran



Assalamualaikum semua para pembaca. Hari ini Hamka ingin kongsikan pengalaman saudara Aslim Taslam yang dikongsikan dalam facebook beliau tentang Tips-tips menghafaz Ayat Suci Al-Quran.

Al-Quran dan As-sunnah merupakan 2 perkara yang telah ditinggalkan oleh Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Sebagaimana hadis Rasullullah SAW yang membawa maksud :-

"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku."
Jadi di sini, kita sebaik-baiknya cuba untuk menghafal al-Quran sebanyak mana yang termampu ataupun menghafal beberapa surah yang penting di dalam al-Quran. Dan juga penting untuk kita memahami serta mengamalkannya kelak.

Sukacita aku mengatakan terasa diri ini ingin berkongsi sedikit tips dan pengalaman dalam menghafal ayat-ayat suci al-Quran. Antara tips yang sering aku gunakan adalah :-

1) Sebelum kita mula menghafal, baca keseluruhan surah tersebut sekurang-kurangnya 2-3 kali. Kemudian, pastikan segala cara bacaan, sebutan makhraj dan juga tajwid adalah betul.
2) Mula menghafal ayat pertama. Disiplinkan diri untuk menghafal sekurang-kurang 5-6 ayat sehari. Sekiranya ayat di dalam surah itu agak panjang, pastikan anda dapat menghafal 3-4 ayat. Jikalau lebih, amatlah digalakkan.
3) Semasa menghafal suatu ayat tersebut, ulang sebanyak 7-10 kali dengan membaca ayat tersebut. Kemudian, pejamkan mata anda dan mula membaca ayat tersebut dengan betul. (Pengulangan bacaan ayat tersebut bergantung kepada kemampuan anda).
4) Sekiranya anda sudah dapat menghafal ayat 1 dengan baik, mula menghafal ayat yang seterusnya pula. Ulang langkah 3 semula.
5) Selepas anda dapat menghafal kedua-dua ayat tersebut, sebelum anda mula menghafal ayat ke-3, pastikan, anda baca terlebih dahulu ayat 1 dan 2 yang baru anda hafal sebentar tadi. Tujuannya adalah untuk menguatkan lagi tahap ingatan anda terhadap ayat-ayat tersebut.
6) Untuk ayat-ayat seterusnya, ulang langkah 3 dan 4 tadi dengan baik. Selain daripada tips-tips di atas, hati kita secara peribadinya haruslah ikhlas dengan setiap apa amalan yang kita lakukan.

Sentiasa merendah diri kepada Allah SWT dan banyak berdoa agar dimudahkan segala kerja dan amalan yang kita lakukan.

Baik, tips yang aku berikan di atas ini merupakan pengalaman aku sendiri dalam menghafal beberapa surah di dalam al-Quran. Tips yang diberikan semata-mata untuk menghafal sahaja, tidak termasuk dengan cara penjagaan makanan bagi seorang hafiz, ataupun lain-lain.

Seandainya korang ada pengalaman dan juga tips-tips yang lebih berkesan dan berguna untuk semua orang, korang boleh komen pada entri ini untuk kita sama-sama berkongsi ilmu pengetahuan yang amat berguna ini dengan harapan ianya dapat memberi kebaikan terhadap diri kita semula.

Wallahua'lam.. Sekian, assalamualaikum.

Ok, menarik dan bermanfaat bukan? Bolehlah kita sama-sama mencuba & mengamalkannya.=) Moga bertemu dilain post. Wassalam


Monday, September 5, 2011

[Tips] Formula Matematik Bagaimana Untuk Cari Juzuk Dalam Al-Quran?

Formula Matematik Untuk Cari Juzuk Dalam Al-Quran



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar saudara saudari pembaca sekalian? Diharapkan agar sihat & gembira hendaknya. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin saya ucapkan. Hari ini HAMKA mahu kongsikan sedikit tentang Tips dan Keilmuan, Bagaimana Mencari Juzuk Dalam Al-Quran Dengan Kaedah Formula Matematik.

Mesti ramai yang sukar nak cari juzuk dalam al-Quran bukan? Kebiasaannya kita hanya buka mukasurat Index untuk mencari juzuk dalam al-quran. Tetapi tahukah anda bahawa ianya boleh dicari menggunakan Formula Matematik? Kali ini saya akan share cara mudah untuk mencari muka surat juzuk-juzuk di dalam Quran dengan hanya menggunakan formula matematik yang sangat simple.

Kaedah Formulanya:

1. (Juzuk yang dicari - 1) x 2 = Jawapan

2. Jawapan tadi ditambah 2 dibelakang (bukan + 2 tapi letakkan je no 2)


Jom kita cuba!!

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:

((5-1) x 2) = 8, letak no 2 selepas 8

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82


Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?


Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:

((10-1) x 2) = 18, letak no 2 selepas 18

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182


Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

((23-1) x 2) = 44, letak no 2 selepas 44

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442



Selamat mencuba dan selamat beramal semua.. (^_^)Y

kredit: ASG dan http://motivasisantai.com/

Mahu Dapatkan Tafsir Al-Quran Per Kata (Asbabun Nuzul)?