Strategi Pemasaran Internet - Produk Digital - Pelaburan Hartanah





Sunday, October 25, 2009

Profile Penulis

Penulis merupakan seorang ahli perniagaan berumur 24 tahun. Menguruskan syarikatnya Sri Ananas Enterprise yang bertapak di Pontian, Johor. Penulis juga dalam masa yang sama adalah seorang Pegawai Farmasi yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur, Jalan Pahang, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Hasryn menjalankan perniagaannya: http://sriananasenterprise.blogspot.com
dan beberapa perniagaan lain berupa seminar-seminar pengucapan awam & pidato, trading, industri takaful, menternak ikan air tawar (Haruan, Keli & Puyu) dan beberapa jenis perniagaan lain.
Penulis juga merupakan seorang penulis & pengarang cerpen, puisi dan novel serta buku ilmiah (Motivasi & Bisnes) dan juga merupakan ahli Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan telah beberapa kali menerbitkan puisi dan cerpennya dalam majalah dan buku-buku antologi puisi Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yang terkini, penulis sedang mengumpulkan bahan-bahan penulisan untuk buku terbaru beliau yang pertama tentang perniagaan & sudah memulakan penulisannya, akan terbit satu masa yang akan diberitahu kelak.
Merupakan Pengurus Eksekutif (Executive Manager) kepada syarikat Sri Ananas Enterprise. Maklumat tentang syarikat penulis ada terpapar di:
Penulis juga merupakan ahli perniagaan internet dan telah mengasaskan beberapa laman web perniagaannya tersendiri. Di antara perniagaan penulis adalah perniagaan Compass Arah Kiblat & E-book.
Pembaca boleh menghubungi penulis di blog:
http://hasrynazzuar.blogspot.com/

Penulis juga merupakan salah seorang ahli komuniti usahawan di dalam Peoplepreneur Business School (PBS) yang dipelopori oleh Mr Allen Lee, Multi Jutawan Dr Azman Ching dan Jutawan Internet Dr Irfan Khairi. Maklumat tentang PBS boleh diperolehi di: http://www.peoplepreneur.net
Peoplelogy Solution Sdn Bhd adalah syarikat yang bertanggungjawab menubuhkan PBS & ia bertempat di 9-10 di Boulevard Office, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur.

Penulis juga merupakan salah seorang anak didik dan mentee kepada mentor jutawan internet, Dr Irfan Khairi dan Dr Azman Ching (Multi Jutawan & Pakar Motivasi Perniagaan) dan penulis terus menerus membangunkan perniagaan internetnya serta perniagaan "offline" berbekalkan tunjuk ajar mereka dan beberapa sifu-sifu bisnes yang lain seperti Abang Abu dan lain-lain.

Dalam usia muda, penulis telah berjaya memiliki rumah sendiri, kereta sendiri dan masih di dalam proses memperbaiki proses kehidupannya. Masih banyak yang penulis ingin belajar dan mahu belajar. Ilmu baginya ibarat mengais cacing di timbunan tanah yang membukit, mencari permata di dasar lautan yang menggunung, belum ada penghujungnya.
Salam manis madu,
"Gigih usaha, Pasti berjaya"
Ikhlas,
Master Hasryn, P.J.T. (Youth)

Executive Manager,
Sri Ananas Enterprise.
8-2, Jalan Delima 1,
Pusat Perdagangan Pontian,
82000, Pontian, Johor,
Malaysia.
Link perniagaan: