Strategi Pemasaran Internet - Produk Digital - Pelaburan Hartanah





Kisah Jutawan

5 Cara Untuk Atasi Halangan Dalam Hidup

Oleh : MillionaireThinker

Walaupun kita arif tentang selok – belok kewangan, namun begitu, banyak lagi halangan yang perlu kita atasi supaya tidak bergantung dari sudut kewangan. Terdapat lima sebab utama mengapa mereka yang arif tentang selok – belok kewangan masih lagi tidak dapat mengembangkan bahagian aset mereka dengan banyaknya.

Bahagian aset inilah yang menghasilkan jumlah aliran tunai yang banyak. Bahagian aset ini membolehkan mereka menikmati kehidupan yang diimpikan dan bukannya bekerja sehari suntuk semata – mata untuk membayar bil. Lima alasan tersebut ialah seperti carta dibawah

Alasan 1 : Mengatasi perasaan takut untuk kehilangan wang.
Belum pernah dalam hidup saya berjumpa dengan orang yang sengaja suka kehilangan wang. Malah selama saya hidup, belum pernah saya berjumpa dengan orang yang menggunakan konsep ‘Copy & Paste Millionaire’ tidak pernah kehilangan wang. Akan tetapi acapkali saya berjumpa orang yang takut menggunakan konsep ‘Copy & Paste Millionaire’ ini tidak pernah kehilangan sesen pun melalui pelaburan mereka.

Takut kehilangan wang sememangnya dirasai. Semua orang akan berasa demikian. Termasuklah saya yang menggunakan konsep ‘Copy & Paste Millionaire’. Namun masalahnya bukan ketakutan itu sendiri, tetapi lebih kepada cara kita menangganinya iaitu cara kita menghindarkan dari kehilangan wang tersebut. Cara menangani kegagalan itulah yang membezakan anda dan orang lain. Begitu juga dengan kehidupan, wang bukanlah penyebab semata – mata. Perbezaan utama mereka yang menggunakan konsep ‘Copy & Paste Millionaire’ dengan mereka yang tidak ialah cara mereka menangani ketakutan itu sendiri.

“Jika takut risiko dan rasa risau .. mulalah awal.”

Itulah sebabnya bank menggalakkan kita menabung semasa muda. Jika mula awal, lebih mudah untuk berjaya. Saya tak akan membincangkan hal ini secara terperinci di sini, namun apa yang boleh saya katakan ialah perbezaan besar antara orang yang mula menabung ketika usia 20 tahun dengan menabung pada usia 30 tahun. Perbezaannya sangat – sangatlah ketara. Dan inilah satu keajaiban dunia iaitu ‘KUASA FAEDAH KOMPAUN’.

Alasan 2 : Mengikis sikap sinis
Orang yang bersikap sinis sebenarnya seorang yang penakut. Kita menjadi penakut kerana ketakutan dan keraguan menyelubungi fikiran kita.

Sebagai contoh: Ingat lagi tak cerita ‘little chicken’. Yang berlari keliling reban memberi amaran tentang kemusnahan yang akan berlaku. Kita pun sedia maklum tentang orang seperti itu. Malah kita sendiri pun memiliki sikap seperti ‘little chicken’.

Kita semua berasa ragu – ragu. “Saya tidak bijak”, “Saya tak cukup pandai”. Si polan tu lebih baik dari saya. Maka timbullah satu perasaan tidak enak. Ada kalanya membuatkan kita tidak dapat tidur dibuatnya. Kita gagal ke depan. Kita sekadar berpegang pada apa yang dianggap selamat sehingga melepaskan peluang yang ada di depan mata. Kita biarkan hidup ini berlalu tanpa berbuat apa – apa kerana perasaan takut yang menghantui kita.

Dalam hidup ini, kita semua pernah merasakannya, malah ada diantara kita selalu merasakannya.

Alasan 3 : Malas.
Orang sibuk adalah orang yang paling malas. Kita pernah mendengar kisah seorang peniaga yang bekerja keras untuk mendapatkan wang. Dia bekerja kuat untuk menyara isteri dan anak – anaknya. Berjam – jam dia menghabiskan masa di pejabat dan dari pejabat dia mendapati rumahnya kosong.

Isterinya meninggalkannya. Dia sedar bahawa dia dan isterinya bermasalah, tetapi dia tidak berusaha mengukuhkan hubungan dengan isterinya, sebaliknya dia asyik sibuk bekerja.  Disebabkan rasa kecewa, prestasi kerjanya merosot dan dia diberhentikan kerja.

Jadi, bagaimanakah mengatasi sikap malas? Jawapannya adalah dengan sedikit rasa tamak 

Oleh itu, setiap kali kita mendapati diri kita mengelak daripada melakukan sesuatu yang memang patut kita lakukan, hanya satu perkara sahaja yang perlu dilakukan iaitu bertanya pada diri sendiri “Apa gunanya?” Bersikap sedikit tamak. Tamak adalah ubat yang paling mujarab untuk mengikis sikap malas.

Eleanor Roosevelt pernah berkata “Lakukan apa yang anda rasa betul di hati anda kerana walau apa pun anda akan dikritik juga. Anda akan dikutuk juga sama ada anda melakukannya atau tidak”

Alasan 4 : Tabiat
Cara kehidupan kita sebenarnya lebih mencerminkan tabiat kita daripada pendidikan kita sendiri. Satu tabiat yang wajib kita sematkan dalam diri kita ialah menbayar diri kita dahulu sebelum membayar orang lain. Ini tidak bermakna kita mesti membayar diri kita dahulu walaupun ketika kita tidak cukup wang.
Ini kerana, selepas membayar untuk diri kita dahulu, tekanan untuk membayar cukai atau pemiutang menjadi begitu hebat sehinggakan anda memaksa diri untuk mencari pendapatan lain. Kita akan membuat kerja lebih untuk memastikan pemiutang tidak mengejar kita.

Tekanan itulah yang membuatkan kita bekerja lebih bijak dan aktif terutamanya yang berkaitan dengan wang. Jika kita membayar diri kita sendiri kemudian, kita tidak akan terasa tertekan, tetapi kita akan tentunya pokai. L Jika kita membayar diri kita dahulu, kita akan menjadi kuat dari segi kewangan, mental dan fizikal.

Alasan 5 : Sombong
Sombong adalah rasa ego yang ditambah dengan sikap jahil. Kebanyakan orang bersikap sombong untuk menyembunyikan sikap jahil mereka. Ini selalu berlaku apabila kita membincangkan dengan rakan sekerja kita mahupun sesiapa sahaja.

Mereka bercakap besar apabila kita berbincang. Bagi saya jelas sekali, mereka tidak tahu apa yang mereka cakapkan. Mereka tidak berbohong tetapi mereka tidak bercakap benar. Apabila anda tahu yang anda jahil dalam sesuatu perkara, maka belajarlah dengan mereka yang pakar dan rujuk buku tentang perkara tersebut.

Istimewa Untuk Anda!
Sudahkah anda melawat BLOG saya?
Soalan saya buat anda:
1) Apakah harga satu ilmu yang boleh diperturunkan oleh satu jutawan kepada anda untuk kejayaan anda?
2) Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia ketiga- tiga Ikon jutawan ini?

* Datuk Dr. Maznah Hamid (Iron Lady!)
* Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura
* Irfan Khairi, Jutawan Internet

Bayangkan anda boleh duduk bersemuka dengan kesemua ikon jutawan ini dan mereka mendedahkan mutiara-mutiara ilmu satu demi satu kepada anda!

Bayangkan setiap jutawan ini membantu anda meledakkan pendapatan anda- hanya satu kunci yang disampaikan boleh melipatkali gandakan pendapatan anda. Tetapi, di sini, anda akan memperolehi seratus satu kunci kejayaan!

Jom, lawati laman web saya di sini untuk maklumat lanjut atau klik gambar link di bawah :)

p/s: Kami akan berikan e-book PERCUMA untuk anda! (bagi yang berminatlah ye).

Salam hormat,
Hasryn Hamka