Strategi Pemasaran Internet - Produk Digital - Pelaburan Hartanah





Saturday, May 29, 2010

Sehari Selembar Kata:


"Janganlah Memuji Seseorang Kerana Nampaknya Besar & Memandang Remeh Seseorang Kerana Nampaknya Kecil, Kerana Lebah Termasuk Dikalangan Haiwan Terkecil, Namun Dialah Yang Menghasilkan Madu Yang Termanis & Berkhasiat & Semut Juga Termasuk Dalam Golongan Itu, Namun Mampu Mengangkat Bebanan Sehingga 10 Kali Ganda Berat Badannya"...Master Hasryn

Friday, May 28, 2010

Sehari Selembar Kata:


"Sekeping Emas Tidak Akan Hilang Kemegahan & Kemurniannya Walaupun Dicairkan Dengan Kepanasan Api 100 Kali, Begitulah Semangat Seorang Wira, Tidak Boleh Hilang Pertimbangan Walau Dilanda Badai 100 Kali"... Master Hasryn

Saturday, May 22, 2010

Sehari Selembar Kata:

"Cita-Cita Dan Matlamat Adalah Seperti Beliung Yang Tajam, Dapat Membuat Jalan Untuk Merentasi Hutan Rimba Dan Belukar Kehidupan Ini. Namun, Hidup Yang Tidak Mempunyai Matlamat Pula Umpama Mengayuh Kemudi Di Lautan Bergelora Tanpa Tahu Arah Tujuan"...Master Hasryn

Monday, May 17, 2010

ALANGKAH INDAH HIDUP INI


Alangkah indah hidup ini
Jika semuanya yang dilakukan
keranaNya…



Alangkah indah hidup ini
Jika ikhlas yang beraja dihati…
Alangkah indah hidup ini
Jika kemaafan jadi amalan sebati…



Semakin dekat kita padaNya
Terkadang diuji, hampir tersadung…
hampir terjatuh…
Tapi ingat, ujian itu adalah ujian dariNya…
dalam menguji keimananmu…
menguji keikhlasanmu mendekatiNya…
dan jika air matamu berderai keranaNya..
berita gembira menunggumu..
bahawa hatimu telah lunak dan lembut dengan kurniaNya..
itulah tanda kau bersyukur..



dan sampaikanlah khabar gembira ini…
pada burung-burung yang berkicau…
pada gunung-ganang dan bukit-bukau..
pada batu-batuan dan air dilautan..
pada umat sekelilingmu,
kerana itu adalah janjiNya
pada sekelian alam dan segala isinya…
berita gembira bagi umat yang sentiasa mengingatiNya…
sudah pasti Dia sentiasa mengingatimu
setapak kakimu mendekatiNya…
seribu langkah Dia dekat padamu…
begitu indah hidup ini…
Indah rohani
Indah jasmani
Indahlah hidup ini…

Master Hasryn
"Jurulatih Motivasi Sensasi"

Sehari Selembar Kata:

"Kerana Laut Tidak Pernah Menolak Air Yang Deras Mengalir Ke Dalamnya, Maka Ia Semakin Menjadi Besar & Hebat, Kerana Gunung Tidak Pernah Menolak Debu-Debu & Batu Yang Singgah Kepadanya, Maka Ia Semakin Menjadi Tinggi Dan Kukuh"...Master Hasryn

My First BMW

My First BMW (^_^)Y

Pengembaraan Roadshow Dari Kosong Sampai Jutawan di Kuantan & Melaka


Pengembaraan Roadshow yg Hebat Bersama Mentor Jutawanku, Abang Abu, Mr Allen Lee, Irfan Khairi, Dr Shah dll. Perjalanan yg Hebat di Kuantan & Melaka Kelmarin & Semalam, Mengajarku Lebih Kuat Untuk Berusaha Mencapai Matlamat.

Perjalanan Bermula Dari KL ke Kuantan pada awal pagi Sabtu (15 Mei 2010) dan saya beserta Group Member Peoplepreneur Business School (PBS) sampai di Hotel Vistana Kuantan kira-kira pada pukul 1115 pagi. Dengan tak sempat sarapannya, kami terus siapkan 'booth' perniagaan kami di ruang legar sewaktu Mini Talk Konvensyen "Dari Kosong Sampai Jutawan (DKSJ)" berlangsung. Abang Abu (Jutawan Kewangan) menyempurnakan Mini Konvensyen tersebut.

Banyak aktiviti yang dilakukan dan banyak ilmu yang dikongsikan. Perniagaan kami juga dapat disebarkan dengan pantas melalui pertambahan jaringan sewaktu majlis berlansung. Dengan status "Rakan Niaga", kami bertindak sebagai Supporter bagi Konvensyen DKSJ II yang akan berlangsung gilang gemilang di Subang pada 26 & 27 Jun 2010 akan datang. Banyak tiket telah terjual, laris macam pisang goreng panas.

Kemudiannya, selepas talk tersebut berakhir, kami terus bertolak ke Melaka dengan keadaan letih tapi 'seronok' kerana dapat 'ilmu' baru yang dapat diperolehi. Kami semua sampai di Melaka kira-kira jam 2 pagi dan terus menetap di Hotel berdekatan Hotel Grand Continental, dimana Mini Konvensyen di Melaka pula akan berlangsung pada pukul 2-6 petang.

Pada kira-kira pukul 8 pagi, kami check out & pergi 'jalan-jalan cari makan' & sempat jugak pergi ke A Farmosa (amik-amik gambar), Eye On Malaysia dan macam-macam lagi. Kami terus ke Hotel Grand Continental dan bersiap-siap pula untuk booth kami disitu. Hari itu (16 Mei 2010) adalah giliran Dr Irfan Khairi pula yang memberi ceramah. Seperti biasa, sekali lagi jaringan perniagaan kami bertambah luas, dari pembekal baju-baju, printing sehinggalah penternakan burung layang-layang dan pelbagai lagi industri perniagaan yang kami bakal bekerjasama. Dan seperti yang dijangka, banyak ilmu perniagaan yang disampaikan oleh Irfan Khairi yang dapat meresap masuk ke dalam otak kami.

Minggu depan pula giliran Pulau Pinang (22 Mei) & Ipoh (23 Mei) menjadi destinasi kami. Semoga perniagaan kami semakin berkembang mekar & semangat kami juga berkobar-kobar selagi matlamat untuk menjadi Jutawan belum tercapai!!!

-Master Hasryn-
17052010

Thursday, May 13, 2010

Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Hari ni saya hendak kongsikan Senarai Individu Terkaya di Malaysia bagi tahun 2010 (setakat Febuari 2010). Pada 16 Februari 2010 tempoh hari, telah dikeluarkan senarai terbaru 40 individu terkaya di Malaysia hasil dari survey yang dilakukan oleh majalah Malaysian Business. Kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Januari tahun ini.



1) Tan Sri Robert Kuok Hock Nien.




Kekayaan : RM42.76b

Kedudukan lepas : 1
Syarikat/Perniagaan : (Kerry Group/Kuok Group)
Beliau telah dinobatkan sebagai Individu Terkaya Malaysia dan mendahului takhta. Terkenal sebagai Raja Gula Malaysia pada tahun lepas, meningkat kekayaan sebanyak RM 16.1b berbanding RM 26.6b pada tahun lepas. Masih endahului senarai orang terkaya di Malaysia pada tahun ini

2) Tan Sri T. Ananda Krishnan




Kekayaan : RM27b

Kedudukan lepas : 2
Syarikat/Perniagaan : (Usaha Tegas, Maxis, Astro)
Pemilik syarikat Maxis Corporation dan Astro 'macam-macam ada'. Kekayaan lepas adalah sebanyak RM 20.1b meningkat sebanyak RM6.9b. Tengok gambar kat atas dia sengih senang hati, harta melimpah ruah.

3) Tan Sri Lee Shin Cheng




Kekayaan : RM11.92b

Kedudukan lepas : 4
Syarikat/Perniagaan : (IOI Group)


4) Tan Sri Teh Hong Piow




Kekayaan : RM10.86b

Kedudukan lepas : 3
Syarikat/Perniagaan : (Public Bank)


5) Tan Sri Lim Kok Thay




Kekayaan : RM10.38b

Kedudukan lepas : 15
Syarikat/Perniagaan : (Genting Group)


6) Tan Sri Quek Leng Chan




Kekayaan : RM7.09b

Kedudukan lepas : 5
Syarikat/Perniagaan : (Hong Leong Group)


7) Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (My Favourite-Nak jadi macam dia..=P)




Kekayaan : RM6.01b

Kedudukan lepas : 8
Syarikat/Perniagaan : (Al-Bukhary Foundation)


8 ) Puan Sri Lee Kim Hua



Kekayaan : RM4.4b

Kedudukan lepas : 6
Syarikat/Perniagaan : (Genting Group)


9) Tan Sri Tiong Hiew King



Kekayaan : RM3.5b

Kedudukan lepas : 9
Syarikat/Perniagaan : (Rimbunan Hijau)

10) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun

10) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun
Kekayaan : RM3.2b
Kedudukan lepas : 8
Syarikat/Perniagaan : (Berjaya Group)


Begitulah serba sedikit yang saya dapat kongsikan untuk para pembaca yang budiman. Saya mempunyai impian untuk menjadi seperti mereka. Terlebih-lebih lagi Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary. Semoga semua dapat berusaha keras untuk menjadi insan yang lebih cemerlang.

Semoga berjumpa lagi di lain masa. Adios amegos.
-Master Hasryn-

Dipetik dari http://faisalreza.com/ & Lawati blog ini untuk informasi terkini bersama blogger terulung, Mr FR... (^_^)Y

Sehari Selembar Kata:

"Dalam Kehidupan Ini, Jika Kita Ingin Dapat Sesuatu, Terlebih Elok Jika Kita Yang Memberi Terlebih Dahulu, PASTI Akhirnya Ia Kembali Kepada Diri Kita Sendiri, Ia Sama Sahaja Dengan Untuk Mendapat Kebaikan, Terlebih Dahulu, Buatlah Kebaikan Kepada Orang Lain, InsyaAllah Kebaikan Akan Datang Kepada Kita Kemudian Hari"...Master Hasryn

Tuesday, May 11, 2010

Sehari Selembar Kata:

"Seseorang Yang Bijaksana Tidak Akan Menghiraukan Kecacatan Anggota Dan Kehodohan Paras Rupanya, Tetapi Menganggap Kecacatan & Kekurangan Itu Akan Dapat Menyelamatkan Dirinya Daripada Pelbagai Musibah Dan Menjadikan Mereka Insan Yang Unik Untuk Berjaya"...Master Hasryn

Monday, May 10, 2010

Sehari Selembar Kata:

"Setiap Manusia Umpama Emas Di Dasar Lautan, Hanya Betul-Betul Bernilai Apabila Seseorang Telah Berjaya & Bersusah Payah Menggalinya Dari Dasar Lautan, Selagi Tidak Di Gali, Emas Tersebut Tetap Berterusan Tiada Nilai"...Master Hasryn

Friday, May 7, 2010

Sehari Selembar Kata:

"Jika Anda Mahu Mencapai Impian, Pastikan Anda Selalu Membayangkan Anda Berjaya Menggapai Impian Itu, Jika Anda Mahu Berjaya, Sentiasalah Berdamping Dengan Orang Yang Telah Berjaya, Ikuti Jejak Mereka, Contohilah Tauladannya"...Master Hasryn

[Newsletter] ROADSHOW PEOPLEPRENEUR BUSINESS SCHOOL

Roadshow Bersama Para Mentor Jutawan

Dijemput beramai-ramai untuk menyertai kami dalam Roadshow SeMalaysia kami. Setiap tempat yang menjadi lawatan kami PASTI akan ada seorang daripada 7 Mentor-Mentor Jutawan yang turut serta menjayakan Konvensyen Dari 0 Sampai Jutawan II (DKSJ II). Konvensyen ini adalah Konvensyen kali kedua yang telah diadakan (yang pertama; DKSJ I pada 17 Januari 2010) dan telah mengumpulkan Para Jutawan Anak Jati Malaysia. Mereka semua akan berkongsi pengalaman dan menurunkan ilmu-ilmu yang sangat baik dan bagus untuk melipatgandakan keuntungan anda dalam perniagaan! Bagi mereka yang tidak mempunyai perniagaan pula, ini merupakan platform terbaik untuk mempelajari ilmu perniagaan, mendapatkan idea-idea baru untuk memulakan perniagaan dan berbagai lagi kelebihan yang tak tersangkakan. Ia termasuklah membesarkan Networking perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi. Ini kerana Konvensyen DKSJ II ini akan mengumpulkan nama-nama terunggul dalam perniagaan di Malaysia termasuklah Pakar Perniagaan Internet mahupun Perniagaan 'offline'.

Konvensyen DKSJ II ini akan disampaikan oleh Pakar-Pakar dan Tokoh-Tokoh Perniagaan yang terbukti telah BERJAYA iaitu:

1) Dr Irfan Khairi (Pakar Perniagaan Internet)
2) Dato' Dr Azman Ching (Mentor Jutawan)
3) Abang ABu (Jutawan Kewangan)
4) Chef Li (Jutawan Senyap)
5) Billi Lim (Jutawan 'Dare to Fail')
6) Dato' Dr Maznah Hamid (Jutawan 'Wanita Besi')
7) Dr Azizan Othman (Jutawan Minda)

Mereka semua akan berkongsi ilmu dan memberikan Tips-tips terhebat untuk menjayakan dan melipatgandakan keuntungan anda. Dengan harga serendah RM1699/seorang, pastinya ia akan cukup berbaloi-baloi untuk dijadikan sebagai pelaburan demi kejayaan perniagaan anda dan mengembangkan lagi networking anda.

Perjalanan Roadshow kami akan bermula seperti dinyatakan dibawah:

Johor Bahru: 8 Mei 2010 (Hotel Selesa)
Kuantan: 15 Mei 2010
Melaka: 16 Mei 2010
Pulau Pinang: 22 Mei 2010
Ipoh: 23 Mei 2010
Kuala Lumpur: 6 Jun 2010

Kesemua sesi roadshow ini akan berlangsung dari pukul 2-6 petang. dan Yuran Pengurusan untuk Roadshow hanyalah RM50!!!

 

"Saya Layak Untuk Berjaya" adalah tema kami untuk Konvesyen Terhebat kami kali ini. Ia akan dibarisi oleh Mentor-mentor Jutawan terhebat di Malaysia. Untuk tempahan tiket, samada tiket Roadshow mahupun Konvensyen DKSJ II (Pada 26 & 27 Jun 2010 nanti), hubungi Master Hasryn di talian: 017-6233669 atau 013-2020842 

Sehari Selembar Kata:

“Hidup Ini Bukannya Mudah, Dan Bukan Juga Terlalu Sukar. Hanya Disiplin, Keterbukaan Untuk Menerima Segala Dugaan Dan Cabaran, Kesungguhan Dan Percaya Pada Diri Akan Dapat Memudahkan Proses Perjalanan Hidup Ini”...Master Hasryn

Sehari Selembar Kata:

"Selama Mana Orang Membayangkan Bahawa Ia Tidak Dapat Melakukan Sesuatu Perkara, Selama Itulah Ia Menentukan Untuk Tidak Melakukannya, Dan Sebagai Akibatnya, Selama Itulah Pula, Mustahillah Baginya Dapat Melaksanakan Perkara Itu"... Master Hasryn

Wednesday, May 5, 2010

Roadshow Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan II


Sertai Roadshow PBS & Master Hasryn Ke Seluruh Malaysia: JB 8 Mei, Kuantan 15 Mei, Melaka 16 Mei, Penang 22 Mei, Ipoh 23 Mei dan KL 6 Jun 2010 Bersama Mentor-Mentor Jutawan: Irfan Khairi, Billi Lim, Abang Abu, Dr Azman Ching dll. Bersama mereka di Mini Konvensyen Dari 0 Sampai Jutawan dan Sertai worksyop "Tangani Stres...s,Tawan Emosi, Kuasai Relaks" di JB & KL..M.H:017-6233669

Sehari Selembar Kata:

"Orang Yang Berjaya Bukanlah Orang Yang Memendam Semangatnya Kerana Takut Gagal, Bukan Juga Orang Yang Tidak Pernah Mengalami Kegagalan, Tetapi Ialah Orang Yang Masih Tetap Berjuang Dan Maju Kehadapan Sungguhpun Telah Menempuh Kegagalan"...Master Hasryn

Monday, May 3, 2010

Sehari Selembar Kata:

"Yang Paling Kita Perlukan Dalam Kehidupan Adalah Adanya Seseorang Yang Selalu Memahami Dan Memberi Semangat Untuk Melaksanakan Hal-Hal Yang Mahu Kita Kerjakan"...Master Hasryn

Sunday, May 2, 2010

Program Sehari Selembar Kata: By Master Hasryn TM, "Jurulatih Motivasi Sensasi"

Pengenalan: Sehari Selembar Kata adalah program yang diperkenalkan oleh Master Hasryn TM. Program motivasi ini dijalankan sepanjang tahun, dimana sebanyak 365 Kata-Kata Mutiara Akan Dikongsikan oleh Master Hasryn untuk sama-sama saling memperingatkan antara satu sama lain, saling mengamalkan nilai-nilai positif dalam hidup dan seterusnya mempertingkatkan mutu kehidupan ke tahap maksimum dan optimum. Program Sehari Selembar Kata ini akan dibukukan teristimewa buat para pembaca, samada yang berhubung secara langsung dengan blog http://hasrynazzuar.blogspot.com/ mahupun tidak.

Sehari Selembar Kata:

"Seseorang Tidak Perlu Cemas Apabila Orang Lain Tidak Mengenang Jasanya, Tetapi Perlu Cemas Apabila Dirinya Yang Tidak Mengenang Jasa Orang Lain"...Master Hasryn