Strategi Pemasaran Internet - Produk Digital - Pelaburan Hartanah





Thursday, June 24, 2010

PROMOSI BULAN REJAB


Promosi Bulan Rejab! Buku 50 Kewajipan Seorang Muslim: RM10 Yang Wajib Dilaburkan Untuk Kesejahteraan. (^_^)Y Hanya Yang Terbaik Dari Ladang. SMS ke
Master Hasryn: 017-6233669 utk pertanyaan.

Wednesday, June 23, 2010

Sehari Selembar Kata:

gambar ehsan pakcik google. =)

"Setiap Perkara Yang Boleh Diselesaikan Dalam Masa Sehari, Jangan Ditangguh Sehingga Esok, Kerana Perkara Yang Bertangguh PASTI Tidak Menjadi, Maka Lakukan Secepat Mungkin Untuk Mendapatkan Hasil Yang Memuaskan Hati"...Master Hasryn

Sunday, June 20, 2010

Sehari Selembar Kata:


"Seorang Pengukir Yang Mahu Menghasilkan Sebuah Ukiran Bermutu Tinggi, Mestilah Terlebih Dahulu Memastikan Ketajaman Pisau Pengukirnya, Begitu Jugalah Apabila Seseorang Mahu Menjadi PAKAR Dalam Sesuatu Bidang, Mestilah Belajar Bersungguh-sungguh Dengan Mendalam Tentang Ilmunya, Pasti Akan MengANGKASAkan Dirinya Kelak"...Master Hasryn

Saturday, June 12, 2010

Sehari Selembar Kata:

"Orang Yang Berjaya, Sentiasa Cuba Mengelak Untuk Mencari Alasan, Tetapi Orang Yang Gagal Pula Sentiasa Cuba Mengelak Dengan Mencari Alasan"...Master Hasryn

Thursday, June 10, 2010

PUISI DETIK 31 OGOS

1957, tanggal 31 Ogos
Negaraku bergegar
segenap pelusuk tanah tumpah darahku
segalanya bergetar
segalanya melonjak gegak gempita
gembira kala janji termeterai
Laungan demi laungan
3 kali bergetar
umpama laku bom atom
yang pernah menggegarkan bumi terbitnya matahari
tatkala itu
masih segar dalam hamparan memoriku
sirna duka, tampak muka ceria
segenap pelusuk tanah ini seolah meraikannya
ada yang menangis tanda gembira
ada yang gembira dalam duka
ada yang kebah dari sakit lukanya
ada yang masih terus berduka
mengenang hilangnya si pemimpin keluarga
31 Ogos kini masih segar
dalam kotak berkaca disulami besi bertatah air mata
ku yakin bahawa ianya cukup indah
menjadi suatu tarikh keramat
yang cukup tepat terpasak dalam benak nurani
bagi yang pernah terkorban
dan pernah kehilangan
Namun kerisauanku kini
tatkala anak-anak muda kini pula terkorban
oleh manusia bertopengkan syaitan
satu persatu terkorban
tatkala petik 31 Ogos berdetik
tatkala itulah juga anak muda hilang pertimbangannya
maka sirna juga
erti perjuangan
sirna erti kepahitan
lantaran nafsu menjadi raja

Anak-anakku
Ingat pesan orang tua ini
kami hanya tinggal berapa detik
untuk meneruskan perjuangan
mungkin esok, mungkin lusa
kami pergi meninggalkan kalian
hayatilah erti sebenar perjuangan
hayatilah erti sebenar detik 31 Ogos itu
yang pernah dan telah menumpahkan darah
di bumi bertuah
bernama Malaya

-Master Hasryn-
26 Mei 2010

Sehari Selembar Kata:

"Jangan Mudah Jemu Untuk Melakukan Sesuatu Yang Sukar, Dan Jangan Juga Separuh Jalan, Kerana Seutas Kawat Besi Mampu Memotong Sekeping Papan Dan Titisan Air Mampu Melekukkan Seketul Batu Yang Besar"...Master Hasryn

Saturday, June 5, 2010

Sehari Selembar Kata:

"Perhatian Yang Terlalu Besar Yang Diberikan Dalam Memerhatikan Kelemahan Orang lain Membuatkan Kita Mati Tanpa Mempunyai Waktu Untuk Mengenal Kekurangan & Kelemahan Diri Kita Sendiri. Maka Lebih Elok Kita Kenali Diri Sendiri Dahulu Tanpa Siibuk Hendak Memerhatikan Kelemahan Orang Lain"...Master Hasryn

Sehari Selembar Kata:

"Sebatang Pokok Yang Besar Bermula Dari Sebutir Benih Yg Kecil. Sebuah Bangunan Tinggi Bermula Dari Sebakul Tanah. Perjalanan Beribu-ribu Batu Bermula Dari Langkah Yg Pertama & Sebuah Kejayaan Besar Bermula Dari Kegagalan Yg Selalu Datang Menimpa"...Master Hasryn

Wednesday, June 2, 2010

Sehari Selembar Kata:

"Dalam Dunia Ini, Kesalahan Akan Lebih Mudah Menjadi Bualan Orang Berbanding Kebaikan Yang Dilakukan Walaupun Kesalahan Yang Dilakukan Adalah Kali Pertama & Kebaikan Yang Dilakukan Pula Sudah Beratus-Ratus Kali"...Master Hasryn

http//hasrynazzuar.blogspot.com