Strategi Pemasaran Internet - Produk Digital - Pelaburan Hartanah





Friday, April 30, 2010

PUISI: ALANGKAH INDAH HIDUP INI

Alangkah indah hidup ini
Jika semuanya yang dilakukan
keranaNya…
Alangkah indah hidup ini
Jika ikhlas yang beraja dihati…

Alangkah indah hidup ini
Jika kemaafan jadi amalan sebati…
Semakin dekat kita padaNya
Terkadang diuji, hampir tersadung…
hampir terjatuh…

Tapi ingat, ujian itu adalah ujian dariNya…
dalam menguji keimananmu…
menguji keikhlasanmu mendekatiNya…
dan jika air matamu berderai keranaNya..
berita gembira menunggumu..
hatimu telah lunak dan lembut dengan kurniaNya..
itulah tanda kau bersyukur..
dan sampaikanlah khabar gembira ini…
pada burung-burung yang berkicau…
pada gunung-ganang dan bukit-bukau..
pada batu-batuan dan air dilautan..
pada umat sekelilingmu…

kerana itu adalah janjiNya
pada sekelian alam dan segala isinya…
berita gembira bagi umat yang sentiasa mengingatiNya…
sudah pasti Dia sentiasa mengingatimu
setapak kakimu mendekatiNya…
seribu langkah Dia dekat padamu…
begitu indah hidup ini…

Indah rohani
Indah jasmani
Indahlah hidup ini…

Master Hasryn
300410

No comments:

Post a Comment