Waktu berdoa kejayaan pada 23 Julai 2010 nanti:
Kebetulan sangatlah hari Jumaat pulak tu! Untuk 23 Julai ini didapati banyak waktu berdoa untuk kekayaan rezeki dari bercakap/ berceramah/ bersyarah. Elok sangat untuk individu yang bekerja menggunakan "suara" seperti penceramah, peguamcara, eksekutif jualan/ pemasaran, konsultan, pensyarah/ bakal guru, seumpamanya. Juga, ada beberapa doa seperti biasa untuk kekayaan dari rezeki bisnes. Pada hari tersebut banyak pola-pola best untuk kaya dari pelbagai sumber sebenarnya. Untuk rakan/ client yang bukan Muslim, anda juga boleh berdoa mengikut cara anda sendiri pada waktu yang diberikan di sini juga.
Doa kekayaan untung bisnes: Antara 5.30 pagi - 7.30 pagi (lelaki & wanita) untuk penduduk Semenanjung Malaysia dan Singapura:
Untuk penduduk negeri/ negara lain: antara 5.00 pagi - 7.00 pagi waktu tempatan anda.
Doa kekayaan rezeki dari bersuara dan menjadi pemimpin hebat:
Antara 1.30 petang - 3.30 petang (elok berdoa ketika antara 2 khutbah Jumaat serta ketika sujud terakhir Solat Jumaat) dan juga 5.30 petang - 7.30 malam (lelaki & wanita) untuk penduduk Semenanjung Malaysia dan Singapura. Untuk penduduk negeri/ negara lain: antara 1.00 petang - 3.00 petang serta 5.00 petang - 7.00 malam waktu tempatan anda.
.
Doa kekayaan rezeki bisnes peruncitan atau bahan galian / sumber dari dalam tanah (bukan untuk curi pasir di Selangor atau Johor) - antara jam 3.30 petang - 5.30 petang (lelaki & wanita) untuk penduduk Semenanjung Malaysia dan Singapura. Untuk penduduk negeri/ negara lain: antara jam 3.00 petang - 5.00 petang waktu tempatan anda.
Sumber: Cikgu Eddy Rosyadie
Marilah semua ye.. Sama-sama berdoa LillahiTa'ala.. Jangan kerana lain pula ye.. Saya doakan kejayaan, kekayaan & keimanan kepada anda semua..dan saya juga mengharapkan doa daripada kalian. Moga Allah sentiasa memberkati hidup kita. InsyaAllah.
Teruskan usaha brother. InshaAllah anda boleh lakukannya. Jutawan muslim!
ReplyDeleteAmiin..Thanks for the doa..Saya doakan kembali kejayaan, kekayaan & dipertingkatkan keimanan saudara..semoga hidup saudara sentiasa diberkati..InsyaAllah..
ReplyDelete