Gambar Sinar-X Berusia 125 Tahun Akan Dilelong
LONDON - Seorang pengumpul barangan antik, Roy David tidak menyangka sekotak fail yang dibelinya dengan harga beberapa pound 15 tahun lalu, tersimpan beberapa gambar berharga, lapor sebuah akhbar semalam.
Selepas menyelongkar kotak tersebut baru-baru ini, dia menemui gambar-gambar sinar-X yang pertama dirakam di Britain.
Kini, gambar-gambar tersebut yang dirakam oleh seorang pencipta Britain, Alan Swinton, pada Januari 1896, bakal dilelong pada harga ?20,000 (RM123,294) dalam satu lelongan di sini, Mac depan.
Gambar-gambar itu termasuk tangan duit syiling, pisau cukur dan gabus.
Berdasarkan dokumen-dokumen yang ditemui bersamanya, beberapa pakar sejarah mengesahkan bahawa gambar-gambar itu adalah sahih.
Swinton merakam gambar-gambar itu beberapa minggu selepas penemuan sinar-X dibuat oleh seorang saintis Jerman, Wilhelm Rontgen pada 1896. - Agensi
*********
Linked with: http://hasrynazzuar.com/
No comments:
Post a Comment