Strategi Pemasaran Internet - Produk Digital - Pelaburan Hartanah





Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru (16 Mei 2011)

Selamat Hari Guru



Selamat Hari Guru HAMKA Ucapkan Kepada Para Pendidik (Termasuklah semua Guru-guru, Pensyarah, Jurulatih/Trainer, Motivator dan yg seangkatan dengannya) Semoga jasa dan baktimu Allah balas dengan ganjaran Pohon Pahala Tanpa Henti..InsyaAllah

Salam Ikhlas dari saya:

Hasryn HAMKA

Sempena Hari Guru 16 Mei 2011

Friday, May 13, 2011

Wednesday, May 4, 2011

Oh! Labah-labah Guna Cahaya UV Pikat Kekasih?


SINGAPURA - Labah-labah rupa-rupanya 'mengurat' bakal teman hidupnya dengan menggunakan sejenis cahaya yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia sendiri, menurut kajian pasukan saintis Singapura.
Penyelidik malah mendapati si jantan sejenis labah-labah pelompat Phintella vittata mengguna pakai sinaran ultra violet (UV) kelas B berbanding A untuk memudahkan komunikasi dengan pasangan betina.
UV A lazimnya digunakan haiwan untuk berkomunikasi namun penemuan itu merupakan bukti pertama UV B juga diaplikasikan, kata kajian tersebut yang diterbitkan dalam jurnal keluaran terbaru Current Biology.
Prof. Daiqin Li dari Universiti Kebangsaan Singapura berkata, si betina lebih tertarik dengan jantan yang 'menghubunginya' dengan UV B dan sinaran itu dipantulkan oleh si jantan menggunakan badannya.
"UV sama A dan B ialah pecahan halus sinaran matahari yang tidak dapat dilihat manusia tetapi sering digunakan haiwan dalam urusan komunikasi dan ia kelebihan lelabah yang ada mata kompleks," katanya.-HAMKA
---

Motivasi: 8 Tips Menjaga SOLAT!

Tips Motivasi Hari Ini:

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Bertemu lagi kita di MotivasiSantai.com. baiklah, hari ini HAMKA akan kongsikan 8 Tips untuk menjaga SOLAT. Acapkali kita mempunyai masalah sedemikian, di mana kadangkala, ibadah solat itu terasa 'amat berat'. Jadi, ayuh teruskan membaca dan cuba amalkan tips-tips ini. InsyaAllah, jika diamalkan secara istiqomah, ibadah solat menjadi lebih 'ringan' dan seronok dilakukan. ;)

Tips-tips ini bukan tulisan HAMKA, tetapi dipetik dari email salah seorang sahabat HAMKA dan HAMKA rasa ia elok untuk dikongsikan.

Ada seorang rakan meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjagaSOLAT. Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih atau sibuk sikit, maka dia liat nak solat. Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat.

Dia nak berubah dan mahu menjaga solat, katanya. Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal. Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya. Keadaan ini membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah.

Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin kita boleh amalkan supaya diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.

1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri

Perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan solat. Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah amalan kita yang lain.

Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga solat, saya sarankan untuk beli Kitab Fadhilatl Amal (Harga RM35 sebuah). Dalam kitab tersebut ada 1 bab khusus yang menerangkan tentang fadhilat-fadhilat solat. Antara yang diterangkan dalam Bab Fadhilat Solat ialah mengenai ;
  • Kepentingan solat
  • Kelebihan solat
  • Amaran dan celaan ke atas mereka yang meninggalkan solat
  • Kepentingan dan kelebihan solat berjemaah
  • Amaran kerana meninggalkan solat jemaah
  • Penerangan tentang khusyuk dan khudu’ dalam solat
  • Menyenaraikan hadith-hadith tentang khusyuk solat
  • Menceritakan mengenai solat yang dilakukan para sahabat
Belilah Kitab Fadhilat Amal tu dan bacalah setiap hari. Tetapkan 1 masa yang tetap contohnya sebelum tidur, dan bacalah sekurang-kurangnya 1 hadith yang terdapat dapat kitab tersebut. Bacalah dengan istiqamah setiap hari.
Moga-moga dengan keberkatan dan nur-nur hadith/quran yang anda baca tu, ditambah dengan keinginan serta usaha untuk berubah, Allah akan berikan kekuatan pada kita untuk menjaga solat, insyaAllah.

2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat

Kita kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan sebegini boleh saling ingat mengingati dalam melakukan perkara ibadah. Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan kita motivasi untuk melaksanakan perintah Allah. Jadi, carilah dan dampingilah rakan-rakan yang baik dan menjaga solat mereka.

3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin
Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan sesekali tewas dan mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat. Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan kita tewas. Setiap kali kita menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada waktu seterusnya.

4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat.
Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga solat. Pahala yang melimpah ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika dilakukan pula secara berjemaah.
Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat secara konsisten. Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di antara kedua solat tersebut.

5. Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi
Ini terutamanya memberikan kesan pada solat subuh. Kalau kita tidur lewat dan tidur tak cukup, bagaimana untuk solat subuh? Memang liat laa jawabnya.
Jadi, pastikan kita dapat tidur yang mencukupi. Ini akan dapat membantu kita lebih mudah untuk bangkit bagi mendirikan solat.

6. ‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati
Peranan minda bawah sedar sebenarnya sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah sangat berkait rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum kita masuk tidur, cuba cakap pada diri kita, samaada cakap dalam hati atau cakap bisik pada diri sendiri, contohnya ‘Esok, aku mesti bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh’.

Ia mungkin nampak kecil saja perkara ini, tetapi sebenarnya ia memberikan pengaruh yang besar pada minda dan tubuh badan kita.
Pernahkah kita ada pengalaman seperti ini?

Contohnya bila kita kena jumpa seseorang (awek ker, pakwe ker) atau ada meeting penting pada esok pagi pukul 7 pagi. Jadi kita kena bangun awal untuk mandi dan bersiap-siap. Apa kita buat sebelum kita tidur? Bukankah kita akan set kan minda kita, atau niat dalam hati bahawa, ‘Besok pagi, aku kena bangun awal sebab nak jumpa awek/pakwe atau nak kena hadiri meeting penting’.

Kalau kita memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, kita mesti boleh bangun punya walaupun tidur baru 2-3 jam!

7. Selalu Ingat Kematian
Bayangkan jika kita mati sebentar lagi atau esok. Di mana kita akan ditempatkan? Apa nasib di kubur nanti? Bagaimana pula pada hari akhirat kelak?

8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan
Sentiasalah pinta pertolongan dari Allah. Perbanyakkanlah doa. Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”
p/s: Moga perkongsian kali ini memberikan manfaat kepada kita  semua dan semoga ia sama-sama diamalkan. InsyaAllah.
---

TIPS MOTIVASI KEJAYAAN: Rancang Perkahwinan Anda

TIPS MOTIVASI KEJAYAAN: Rancang Perkahwinan Anda: "Assalamualaikum & Salam Sejahtera. (^_^)Y Anda Ingin Melangsungkan Perkahwinan Dalam Masa Terdekat Ini? Terlebih dahulu HAMKA ucapkan tahn..."

Tuesday, May 3, 2011

Motivasi: Perjalanan Takdir Yang Sangat Menakjubkan!

Motivasi: Perjalanan Takdir Yang Sangat Menakjubkan! Elok Jadikan Sebagai Motivasi Diri dan Iktibar. 


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Salam motivasi buat para pembaca sekalian. Hari ini HAMKA akan kongsikan sebuah cerita yang wajar kita jadikan sebagai tauladan dan motivasi diri. Begitu pentingnya keikhlasan dan amalan sedekah. Ayuh mari kita sama-sama hayatinya.Ceritanya begini...

Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu.

Tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah saya memberikan makanan kepada pengemis ini?"Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami yang dicintai yang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup kembali pintu!" Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda. Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian.

Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota. Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu.

Maka wanita itu berkata kepada suaminya. "Wahai suamiku bolehkah saya memberikan sesuatu kepada pengemis ini?" Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu." Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis.

Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana saya menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?" Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku. saya sedih dengan perjalan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu."

Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya "Dan tahukah engkau siapa saya yang kini menjadi suamimu ini. saya adalah pengemis yang dulu diusirnya...!"

Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang bernasib baik. Allah itu MAHA KUASA.

---