Strategi Pemasaran Internet - Produk Digital - Pelaburan Hartanah





Wednesday, May 4, 2011

Oh! Labah-labah Guna Cahaya UV Pikat Kekasih?


SINGAPURA - Labah-labah rupa-rupanya 'mengurat' bakal teman hidupnya dengan menggunakan sejenis cahaya yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia sendiri, menurut kajian pasukan saintis Singapura.
Penyelidik malah mendapati si jantan sejenis labah-labah pelompat Phintella vittata mengguna pakai sinaran ultra violet (UV) kelas B berbanding A untuk memudahkan komunikasi dengan pasangan betina.
UV A lazimnya digunakan haiwan untuk berkomunikasi namun penemuan itu merupakan bukti pertama UV B juga diaplikasikan, kata kajian tersebut yang diterbitkan dalam jurnal keluaran terbaru Current Biology.
Prof. Daiqin Li dari Universiti Kebangsaan Singapura berkata, si betina lebih tertarik dengan jantan yang 'menghubunginya' dengan UV B dan sinaran itu dipantulkan oleh si jantan menggunakan badannya.
"UV sama A dan B ialah pecahan halus sinaran matahari yang tidak dapat dilihat manusia tetapi sering digunakan haiwan dalam urusan komunikasi dan ia kelebihan lelabah yang ada mata kompleks," katanya.-HAMKA
---

No comments:

Post a Comment