Pengembaraan Roadshow yg Hebat Bersama Mentor Jutawanku, Abang Abu, Mr Allen Lee, Irfan Khairi, Dr Shah dll. Perjalanan yg Hebat di Kuantan & Melaka Kelmarin & Semalam, Mengajarku Lebih Kuat Untuk Berusaha Mencapai Matlamat.
Perjalanan Bermula Dari KL ke Kuantan pada awal pagi Sabtu (15 Mei 2010) dan saya beserta Group Member Peoplepreneur Business School (PBS) sampai di Hotel Vistana Kuantan kira-kira pada pukul 1115 pagi. Dengan tak sempat sarapannya, kami terus siapkan 'booth' perniagaan kami di ruang legar sewaktu Mini Talk Konvensyen "Dari Kosong Sampai Jutawan (DKSJ)" berlangsung. Abang Abu (Jutawan Kewangan) menyempurnakan Mini Konvensyen tersebut.
Banyak aktiviti yang dilakukan dan banyak ilmu yang dikongsikan. Perniagaan kami juga dapat disebarkan dengan pantas melalui pertambahan jaringan sewaktu majlis berlansung. Dengan status "Rakan Niaga", kami bertindak sebagai Supporter bagi Konvensyen DKSJ II yang akan berlangsung gilang gemilang di Subang pada 26 & 27 Jun 2010 akan datang. Banyak tiket telah terjual, laris macam pisang goreng panas.
Kemudiannya, selepas talk tersebut berakhir, kami terus bertolak ke Melaka dengan keadaan letih tapi 'seronok' kerana dapat 'ilmu' baru yang dapat diperolehi. Kami semua sampai di Melaka kira-kira jam 2 pagi dan terus menetap di Hotel berdekatan Hotel Grand Continental, dimana Mini Konvensyen di Melaka pula akan berlangsung pada pukul 2-6 petang.
Pada kira-kira pukul 8 pagi, kami check out & pergi 'jalan-jalan cari makan' & sempat jugak pergi ke A Farmosa (amik-amik gambar), Eye On Malaysia dan macam-macam lagi. Kami terus ke Hotel Grand Continental dan bersiap-siap pula untuk booth kami disitu. Hari itu (16 Mei 2010) adalah giliran Dr Irfan Khairi pula yang memberi ceramah. Seperti biasa, sekali lagi jaringan perniagaan kami bertambah luas, dari pembekal baju-baju, printing sehinggalah penternakan burung layang-layang dan pelbagai lagi industri perniagaan yang kami bakal bekerjasama. Dan seperti yang dijangka, banyak ilmu perniagaan yang disampaikan oleh Irfan Khairi yang dapat meresap masuk ke dalam otak kami.
Minggu depan pula giliran Pulau Pinang (22 Mei) & Ipoh (23 Mei) menjadi destinasi kami. Semoga perniagaan kami semakin berkembang mekar & semangat kami juga berkobar-kobar selagi matlamat untuk menjadi Jutawan belum tercapai!!!
-Master Hasryn-
17052010
No comments:
Post a Comment