Strategi Pemasaran Internet - Produk Digital - Pelaburan Hartanah





Monday, November 15, 2010

Profil Master Hasryn


Master Hasryn – Minatnya terhadap perniagaan sudah sebati dalam dirinya sejak kecil lagi. Sudah mula berjinak-jinak berniaga sejak zaman persekolahan. Seorang perunding takaful dan kewangan Islam. Kini menjalankan perniagaan 3T (Training/ Takaful dan Trading). Juga menjalankan beberapa perniagaan produk melalui internet. Antara produk kelolaannya termasuklah: kompasskiblat.com, salawatherapy.com, mysmartbookmark.com dan beberapa produk lain. Berpegang kepada prinsip: “kita boleh menjual apa sahaja, di mana sahaja, dengan apa harga sekalipun, jika kita tahu cara mempengaruhi minda dan emosi pelanggan, dan mereka tidak akan teragak-agak malah tidak sabar mengeluarkan duit untuk memilikinya”.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) dan berbakat dalam seni pengucapan, pidato, syarahan, persembahan, pengacaraan dan seni penulisan. Bakat inilah yang telah membawanya sehingga mewakili Pelajar-pelajar Farmasi Malaysia ke Khon Kaen, Thailand pada tahun 2008 membentang kertas kerja penyelidikan di sana. Antara pencapaiannya termasuklah pernah dianugerahkan Pingat Jasa Terpuji oleh Badan NGO, PBSM Malaysia. Bakat kepimpinan terserlah apabila menerajui Pelajar-pelajar Farmasi sewaktu di Universiti (Presiden) dan sebagai Naib Presiden Persatuan Pelajar Farmasi Malaysia (MyPSA).

Pernah 2 kali dianugerahkan Award “Top Salesperson”oleh Peoplepreneur Business School (sebuah komuniti usahawan Malaysia). Minatnya adalah mendalami kepakaran dalam bidang seni jualan, seni pidato dan pengucapan awam, NLP, Reiki, Mind Maping, Numerology, Seni Falsafah dan Astrologi. Sentiasa positif dan dahagakan ilmu dan memastikan setiap hari pasti ada bahan atau bacaan baru yang akan dipelajari kerana pembelajaran yang berterusan akan mengangkasakan kita dan membezakan kita dengan orang lain. Kata mutiara sebagai titipan profil: “Kita mampu menjadi ‘somebody’ 5 hingga 10 tahun dari sekarang bergantung kepada 2 perkara; yang pertama ialah buku apa yang kita baca dan yang kedua adalah dengan siapa kita berkawan dan bergaul.”

No comments:

Post a Comment