Strategi Pemasaran Internet - Produk Digital - Pelaburan Hartanah





Tuesday, August 31, 2010

Sehari Selembar Kata:


"Berniaga Adalah Jalan Terbaik Bagi Orang Yang Sukakan Kebebasan Masa, Kebebasan Kewangan, Kebebasan Beribadat, Kebebasan Untuk Keluarga Dll Yang Sewaktu Dengannya"...Master Hasryn

Wednesday, August 11, 2010

Kalimah Allah Melekat Lebih Lama Dalam Minda Seseorang

Assalamualaikum wbt..
Bertemu lagi para pembaca..Apa khabar hari ini?
Moga2 di Bulan Ramadhan ini kita sentiasa sihat & dikurniakan oleh Allah kekuatan untuk beribadah dengan sempurna di samping amalan-amalan sunat yang lain. Hari ini saya mahu kongsikan sesuatu yang baik untuk kita semua. Cuba kalian lihat gambar dibawah dan tenung baik-baik sekurang-kurangnya 10 saat, kemudian lihat ke dinding serta merta sambil pejam mata beberapa kali:

Sesuatu yang akan mengejutkan anda!
1) Lihat pada 3 titik hitam tersebut. Lapangkan fikiran anda jgn fikirkan apa2. Hanya fokus pada 3 titik hitam.

2) Tenung sampai 10 saat. Kiraan sendiri.

3) Lepas tu lihat ke dinding. Tenung pada dinding.
Anda dapat hasilnya? Jangan segan silu untuk komen dalam blog saya ye.
Subhanallah.. Allahuakabar..
"Ya Allah.. sesungguhnya Engkau telah jadikan kami sebaik-baik ciptaan"

P/S: Perkara ini saya hendak kongsikan kerana saya pernah melihat gambar manusia yang dilukis dengan warna hitam putih sedemikian, juga mempunyai 3 titik. Dengan kaedah yang sama, saya lihat gambar itu, maka terhasillah imej hitam didinding. Tapi, SubhanAllah, gambar tersebut tidak lama melekat dalam minda. Apabila saya melihat gambar ini, saya dapat rasakan kelebihan Kalimah ALLAH. Semoga apa yang saya dapat kongsikan ini dapat disebarkan kepada sekelian umat manusia. Moga keimanan kita semakin bertambah subur. InsyaAllah

Monday, August 9, 2010

Bakti Sang Tua

Ku mengintai dari kamar hati ini

Merenung getar bibir detik dunia

Kala robek hati sang ibu

Kala hancur luluh benak sang bapa

Berderai cerai sirna langsung kegirangan dahulu

Lantaran laku abai anak-anak

Tidak tertanggung lagi rindu hati

Purnama silih berganti, namun hati tetap mati



Mana jasa mana bakti

Kala rengek kalian minta belas kasihan

Minta setitis susu ibumu

Minta kasih nan merintih

Terngiang-ngiang suaramu

Hingga rasuk menusuk jiwa sang tua

Bertukar rintih gelombang duka

Adakah kalian alpa, curah bakti laku murni dan damai

Memujuk rajuk duka nestapa

Namun tuba yang dibalas

Walaupun madu yang kau galas



Mana janji manismu, mana ungkap setiamu

Kala ghairah meratah mewah kehidupan

Melakar panorama kejayaan di daratan keduniaan

Mengembang sayap kemegahan

Namun alpa lara sengsara dalam sangkar sengketa

Membiar terlantar sang tua merintih rindu

Kala meniti hari

Mengutip sisa hidup

Dalam indah dunia yang tak terasakan

Moga jasa bakti sang tua terbalaskan.



Teristimewa buat kedua orang tuaku yang disayangi

Hj Mohd Khairy & Hjh Asnani

-Master Hasryn-

090810

Subang Suria



Salam Kemaafan...

Sempena Kehadiran Ramadhan yg dialu2kan ini, saya menyusun 10 jari ingin memohon kemaafan & keampunan kepada semua sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan & sesiapa shj yg mengenali diri ini atas kesalahan & kesilapan saya samada sengaja mahupun tidak, samada melalui perkataan, perbuatan mahupun dalam hati. Jua halalkan makan minum..=) Sy dahului dgn salam kemaafan buat kalian semua. Ihya' wa Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Sunday, August 8, 2010

PROMOSI RAMADHAN - POPIA GULUNG


TEMPAHAN POPIA GULUNG UNTUK HARI RAYA

DI DATANGKAN DALAM 2 PERISA:

1) PERISA UDANG
2) IKAN BILIS

PROMOSI BULAN RAMADHAN

RM32 /KG
RM16 UTK 1/2KG

 (TERMASUK KOS PENGHANTARAN PERCUMA TERUS KE RUMAH)

UNTUK PENGHANTARAN PERCUMA, MINIMUM ORDER ADALAH 3 KG

JADI, APA TUNGGU LAGI, KAMI HANYA MENGAMBIL TEMPAHAN SEHINGGA 15 RAMADHAN!

JAMINAN KAMI? PASTINYA ANDA AKAN PUAS HATI DENGAN RASA POPIA GULUNG KAMI YANG ENAK, LAZAT, RANGUP & MEMUASKAN HATI

CEPAT BUAT TEMPAHAN SELAGI STOK YANG KAMI ADA BELUM DIHABISKAN! DALAM SIMPANAN KAMI HANYA TINGGAL BEBERAPA RATUS KG YANG TINGGAL, DISEBABKAN TERLALU PANTAS MENDAPAT TEMPAHAN

UNTUK TEMPAHAN:

SMS: NAMA< >ORDER POPIA __KG < > PERISA __ < > ALAMAT

DAN HANTARKAN KEPADA:

HASRYN AZZUAR MOHD KHAIRY
SRI ANANAS ENTERPRISE

  DI TALIAN
017-6233669

Friday, August 6, 2010

BAGAIMANA MEMPENGARUHI SEMUA ORANG TANPA MENGUNGKAPKAN WALAU SEPATAH PERKATAAN PUN

Setiap Orang Hanya Ada 10 Saat Pertama Untuk Menunjukkan Bahawa Kita Adalah “Somebody”

Apa khabar kalian. Pasti Luar Biasa Hebat! Kenapa saya berkata sedemikian? Sudah pastilah apabila kita berasa Luar Biasa Hebat pada hari ini, segala masalah yang berlaku sepanjang hari semalam akan dapat dilupakan. Lupakan segala masalah yang membelenggu diri kita. Fokus pada apa yang akan kita lakukan pada hari ini, esok dan hari berikutnya. Teruskan membaca buku ini, yang pastinya menjanjikan platform yang terbaik untuk anda mempelajari teknik-teknik berkesan untuk berhadapan dengan semua orang tanpa rasa ragu-ragu lagi.

Bab kali ini akan menghuraikan tentang bagaimana mempengaruhi seseorang tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun. Ayuh kita lihat senario di mana apabila dua orang mula bertemu dan memandang ke dalam mata sesama sendiri, ia merupakan suatu potensi masa yang paling hebat jika dapat digunakan sepenuhnya. Ini adalah kerana mengikut kajian, setiap orang mempunyai masa hanya 10 saat yang pertama untuk menunjukkan kredibiliti kepada orang lain. Pandangan yang pertama adalah pandangan terbijak dan terbaik yang biasanya akan ‘menilai’ kehebatan seseorang. Maka, tidak hairanlah jika ramai diantara kita yang pernah terjerumus dalam kontroversi ‘cinta pandang pertama’. Pandangan pertama ini akan menutup dengan kemas segala jalan dan kebiasaannya memori ini akan kekal selama-lamanya dalam minda.

Untuk huraian versi penuh seterusnya, nantikan e-book terbaru saya...Salam kejayaan dari saya, Master Hasryn.



Monday, August 2, 2010

Sehari Selembar Kata:

"2 Perkara Yang Apabila Kita Lakukan & Keluarkan, PASTI Akan Bertambah Lagi Rezeki Yang Akan Datang Kepada Kita, Iaitu Bersedekah Dengan Ikhlas Kerana ALLAH dan Menuntut Ilmu, Maka Jangan Takut & Kedekut Untuk Melakukannya"... Ihya' Ramadhan.. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.

Sehari Selembar Kata:

"Kenali & Kuasai Kekuatan Diri Sendiri Terlebih Dahulu, Gilap Potensi Diri Semaksimum Mungkin, Barulah Mudah Untuk Menjadikan Diri Lebih Hebat Daripada Kebiasaan, Dan Kemudian Bantu Orang Lain Untuk Sama-Sama Menjadi Hebat"...Master Hasryn