Strategi Pemasaran Internet - Produk Digital - Pelaburan Hartanah





Monday, January 31, 2011

Rahsia Di Sebalik Tandatangan Anda! - Tips Motivasi Kejayaan -

Assalamualaikum dan salam motivasi para pembaca MotivasiSantai.com. Bagaimana hari ini? Adakah anda gembira seperti biasa? Betapa pentingnya kita sentiasa merasa gembira kerana perjalanan hidup kita PASTI akan lebih mudah dan ceria apabila kita sentiasa gembira. Manakan tidak, sahabat handai di sekeliling pasti akan semakin ramai apabila kita tidak lekang dari senyuman yang terukir kemas.


Baiklah, hari ini Hamka akan kongsikan sedikit maklumat mengenai Rahsia Tandatangan. Anda mahu tahu atau tidak tentang rahsia-rahsia yang tersirat di sebalik tandatangan kita? Ayuh, teruskan membaca. =)


RAHSIA TANDATANGAN

Satu Garis di Bawah Tandatangan

Memiliki keyakinan yang tinggi dan personaliti diri yang baik. Namun, agak kedekut tetapi percaya kepada Kebahagiaan dalam Kehidupan Manusia’.

Dua Titik di Bawah Tandatangan

Mereka boleh dikatakan sebagai yang berjiwa romantik. Mudah menukar kekasih (perempuan) seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri mencuba untuk kelihatan menarik.Mudah menarik perhatian orang lain.

Satu Titik di Bawah Tandatangan

Lebih cenderung kepada seni klasik, mudah dan ‘tenang’.Jika orang lain kehilangan kepercayaan pada mereka, mereka tidak akan ‘kembali’ pada mereka.Maka, perlulah berhati-hati dengan orang seperti mereka.

Tiada Garisan atau Titik di Bawah Tandatangan

Mereka hidup dalam dunia sendiri.Tidak pernah mempedulikan pendapat orang lain (pada fikiran orang). Boleh dikatakan sebagai yang menghargai alam sekitar tetapi agak kedekut.

Tiada Persamaan antara Nama dan Tandatangan

Mereka mencuba untuk kelihatan bergaya, suka menyembunyikan sesuatu, tidak pernah berkata terus dan memberi perhatian terhadap apa yang dikatakan orang lain.

Ada Persamaan antara Nama dan Tandatangan

Berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi tidak pernah berfikir. Menukar idea dan pandangan seperti angin yang mengubah haluan. Tidak pernah berfikir sama ada sesuatu itu baik atau sebaliknya.Orang lain boleh ‘memenangi’ mereka dengan hanya memuji mereka.

Tandatangan dengan Huruf yang Tidak Bersambung

Mereka sangat baik pada orang lain.Mempunyai hati yang baik, tidak mementingkan diri dan bersedia berkorban demi kebahagiaan atau kepentingan orang yang disayangi. Namun, terlalu banyak berfikir dan ini memungkinkan mereka untuk cepat marah.

Tandatangan dengan Lengkap seperti Nama

Mereka sangat baik hati. Boleh menyesuaikan diri dengan apa sahaja suasana dan dengan sesiapa sahaja yang ditemui.Sangat teguh pada pandangan dan memiliki keinginan yang kuat.

Bagaimana? Agak tepat bukan? Sekian sahaja buat kali ini. Moga bertemu dalam post seterusnya. Salam Motivasi dari Hamka.

Linked with: http://motivasisantai.com/

Tuesday, January 25, 2011

10 TIPS UNTUK MENGAWAL EMOSI ANDA!


Assalamualaikum wbt & salam motivasi. Apa khabar hari ini para pembaca sekalian? Diharapkan anda semua terus gembira disamping orang tersayang. Ada satu soalan untuk anda semua. Pernahkah anda terperangkap dalam keadaan emosi tidak stabil? Bagaimana anda mengawalnya? Hari ini Hamka akan kongsikan 10 Tips Untuk Mengawal Emosi. Mari kita lihat:



10 TIPS UNTUK MENGAWAL EMOSI ANDA


1. Selalu berfikiran positif,dan logik.


2. Selalu menenangkan fikiran daripada diganggu.


3. Selalu memberikan senyuman terhadap orang lain walaupun menerima sebarang respon .


4. Membaca petikan, kata-kata, cogankata,peribahasa dan lain yang boleh memotivasikan diri.


5. Sentiasa memaafkan orang lain.


6. Selalu berdoa.


7. Elakkan dari hidup yang sentiasa tertekan.


8. Selalu bersenam.


9. Elakkan dari berucap dengan nada yang tinggi.


10.Mempunyai rehat yang cukup.


Dapatkah kita amalkan? Cubalah, anda pasti akan merasai kesan positifnya. =) Moga bertemu lagi dalam post seterusnya.

***********************************************************************
Linked with: http://motivasisantai.com/


Monday, January 24, 2011

7 Tips Utama Murah Rezeki?


Assalamualaikum dan salam motivasi. Terima kasih kerana sudi melawat blog kami di http://motivasisantai.com/. Moga Allah SWT mengurniakan hati yang sentiasa bersih & ceria buat kita semua dan semoga Allah SWT sentiasa memberkati seluruh isi hidup kita. Jadi, bagaimana hari ini? Adakah anda bermotivasi? Ayuh teruskan bacaan anda. Hari ini Hamka akan kongsikan 7 Tips Murah Rezeki. Moga saudara saudari mendapat sedikit manfaat dari artikel ini.

7 Tips Murah Rezeki:
Oleh: Hamka

#1- Mohon Keampunan Dari Allah SWT dan Bertaubat Dari Dosa

Perkara ini teramat utama. Umpama menjadi benih bagi pohon rezeki. Jika kita sentiasa memohon keampunan Allah SWT, ibaratnya makin subur benih rezeki yang akan tumbuh. Pohonlah keampunan dari Allah SWT atas segala dosa dan kesilapan kita. Tidak perlu bertangguh untuk bertaubat. Memang benar, pintu taubat sentiasa terbuka, selagi Hari Kiamat belum menggegarkan dunia ini, namun jangan sampai kita terlewat untuk bertaubat. Elakkan diri kita dari tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. Allah SWT pasti akan mengampunkan dosa Hamba-hambaNya yang bersungguh-sungguh. Apabila taubat ini sudah menjadi kemestian dalam diri dan hati kita, InsyaAllah pintu rezeki akan mula terbuka satu-persatu. Pintu keberkatan pula akan mula terbuka dengan izin Allah. Mohonlah hanya kepada Allah secara ‘direct’, tidak perlu perantaraan apa-apa. Hanya Allah yang Maha memakbulkan doa, taubat dan keinginan manusia, bukan bomoh, dukun, doktor atau apa jua makhluk lain.

#2 – Mohon Keampunan Sesama Umat Manusia.

Allah SWT telah pun menjanjikan keampunan kepada setiap hambaNya yang bersungguh-sungguh bertaubat. Namun, ini masih belum cukup untuk kita sebagai manusia betul-betul bebas dari dosa. Sebabnya, ada satu lagi tugas utama yang belum ‘settle’ iaitu mohon keampunan sesama manusia. Allah SWT Maha Pengampun, sudi memaafkan dosa-dosa hambaNya, namun dosa kita sesama manusia hanya manusia itu sendiri yang dapat mengampunkannya. Kita WAJIB memohon keampunan sesama manusia dengan teliti, sebut satu persatu dosa yang kita telah lakukan dan kemudian, mohon keampunan mereka. Contoh dosa sesama manusia, termasuklah antaranya mengumpat, mengutuk, hasad dengki, mencuri, merompak dll. Ini sesuai Hamka kaitkan dengan Hadis Rasulullah SAW yang lebih kurang maksudnya: “Dosa mengumpat lebih berat dari dosa zina”. (Betulkan jika Hamka tersilap). Dosa penzina hanya Allah SWT yang mengampunkannya, kerana dosa ini berkaitan manusia dengan Penciptanya, namun dosa mengumpat hanya dapat diampunkan oleh orang yang diumpat. Bayangkan sabda ini, “Lidah lebih tajam daripada pisau” dan “Dosa mengumpat umpama memakan daging saudara sendiri”. Maka, ini merupakan kunci kedua yang utama untuk menyuburkan lagi pohon rezeki yang telah kita tanam pada kunci #1 di atas.

#3 – Mohon Keampunan dan Doa Ibu Bapa

Kunci ketiga ini tak kurang juga pentingnya. Ramai orang terlepas pandang perkara ini. Pernah tak saudara saudari para pembaca mendengar “Syurga Itu Dibawah Tapak Kaki Ibu” dan frasa “Hidup Seorang Anak Tidak Akan Tenang Selagi Ada Terguris Hati Ibu Bapa Walaupun Sekelumit”. Hamka bagi contoh diri Hamka sendiri, suatu masa Hamka termenung memikirkan nasib hidup Hamka. Kadang-kadang itu, lepas satu, satu masalah datang. Muhasabah punya muhasabah, Hamka terdetik dihati dan terfikir satu perkara ini, mungkin ada sedikit walaupun 1% dalam hati ibu dan bapa Hamka pernah rasa terguris, dan mungkin Hamka terlepas pandang atau tidak sengaja meninggikan suara kepada mereka.

Ya, memang benar setiap pagi Hari Raya, kita mohon kemaafan kepada mereka, tapi bayangkan perbuatan atau perlakuan kita sepanjang tahun, mana mungkin hanya sekali itu memohon maaf, dan benar-benar terampun? Setuju atau tidak dengan pendapat Hamka? Hendak dijadikan cerita, Hamka pun susunaturkan pertemuan hati ke hati antara semua adik-beradik dan kedua ibu bapa kami. Kami luahkan segala apa yang terbuku dihati, dan mohon keampunan mereka sebenar-benar bersih keampunan. Alhamdulillah, hasilnya sejak hari ‘keramat’ itu, rezeki kami adik beradik seperti bunga wangi yang mula mekar menguntum. Kehidupan seluruh keluarga kami pula makin ceria, harmoni dan bahagia. Apa kata saudara saudari cuba kaedah ini untuk meluaskan lagi bukaan pintu rezeki.

#4 – Solat Sunat Dhuha

Solat sunat Dhuha termasuk dalam kandungan Hadis Rasulullah SAW antara amalan yang digalakkan untuk diamalkan. Antara amalan lain yang Baginda Rasulullah SAW galakkan umat Islam mengamalkannya termasuk juga solat sunat witir sebelum tidur, menjaga wuduk dan berpuasa 3 hari dalam setiap bulan. Mengikut kajian, Solat Sunat Dhuha yang dilakukan pada awal pagi hari mempunyai rahsia dan khasiat tersendiri. Gelombang warna pada waktu Dhuha adalah dalam mod warna kuning, iaitu berkait rapat dengan rezeki dan kebolehan komunikasi seseorang. Individu yang sentiasa mengamalkan Solat Dhuha akan lebih cenderung dan berkebolehan berkomunikasi dengan hebat dan menjadi ‘magnet rezeki’. Rezeki akan leebih mudah mendekati mereka (dengan izin Allah).

#5 – Menjaga Amal Makruf, Solat 5 Waktu dan Banyakkan Berzikir

Seperti yang umum sedia maklum, zikir mendekatkan lagi kita pada Allah SWT. Allah SWT amat menyayangi HambaNya yang sentiasa mengingatiNya. Allah SWT menjanjikan bantuan dan pertolongan buat para HambaNya yang sentiasa menunaikan solat, bersabar dengan segala ujianNya dan yang sentiasa mengingatiNya walaupun dalam keadaan susah mahupun senang.

#6 – Banyakkan Bersedekah

Tips keenam ini mungkin ada individu yang tidak bersetuju dengan pendapat Hamka. Tapi percayalah semakin banyak kita bersedekah, semakin Allah permurahkan rezeki. Sedekah dan zakat mempunyai rahsia tersendiri dimana ia dapat menyuburkan dan membersihkan rezeki yang kita terima sehari-harian. Maka, jangan takut atau kedekut untuk bersedekah (mengikut kemampuan). Lagipun, belum pernah kita terdengar orang muflis sebab bersedekah, setuju atau tidak? Tapi, muflis sebab kedekut, Hamka pasti ramai. Peganglah prinsip bersedekah umpama kita menabung untuk saham kita diakhirat nanti. Pahala yang terhasil dari amalan sedekah semakin hari semakin subur dan berpanjangan tanpa henti. Bersedekahlah dengan tulus ikhlas tanpa mengungkit-ungkit dan jauhkan diri dari bersedekah untuk mendapat nama. Peganglah prinsip ‘tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima’.

#7 – Berdoa Bersungguh-sungguh Diwaktu Mustajab Berdoa

Berdoa adalah senjata orang mukmin. Setiap amalan, usaha haruslah diiringi dengan doa dan kemudiannya bertawakkal kepada Allah SWT. Berdoalah kepada Allah agar memurahkan rezeki dan membukakan pintu rezeki kita seluas-luasnya. Terdapat masa dan ketika dimana ia dikatakan waktu yang mustajab untuk berdoa. Antaranya ialah:

i) Doa orang yang teraniaya

ii) Doa selepas solat 5 waktu

iii) Doa waktu antara 2 khutbah Jumaat

iv) Doa waktu solat dhuha

v) Doa diwaktu berjemaah

vi) Doa seorang ibu

vii) Doa ketika sedang sujud

Dan ada lagi waktu-waktu lain yang Hamka tidak nyatakan disini. Maka, gunalah sebaik-baiknya senjata orang Mukmin ini sebaik-baiknya. Mudah-mudahan Allah SWT memakbulkan setiap doa kita supaya hidup lebih diberkati, InsyaAllah.

Moga bertemu lagi dalam artikel seterusnya. Di MotivasiSantai DotCom, “Segalanya Tentang Motivasi”

Linked with:
http://motivasisantai.com/

http://hasrynazzuar.blogspot.com/

p/s: Jika anda rasa artikel ini baik dan harus dikongsikan, sila share kepada kawan-kawan dan sahabat-sahabat. =)



*****************
Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Thursday, January 20, 2011

Carta Top 10 Faktor Seorang Jutawan! Check It Out Here!!!


 
Carta top 10 faktor seorang Jutawan!

Oleh: Sifu IK

http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

Menurut buku the Millionaire’s Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan keatas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah carta bermula dengan nombor sepuluh…

10. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi., terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.

9. Cekap dalam pengurusan

Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-man-show. Sering kali memerlukan bantuan orang lain. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala keraja berjalan dengan lancar.

8. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi

Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.

7. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi

Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi “Leaders are readers”, mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita.

6. mencintai karier dan perniagaan

Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira penat lelah.



5. Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain

Orang keramaian menghabiskan masa kurang dari 50jam seminggu dalam karier atau perniagaan masing-masing. Mereka yang bergelar jutawan pula menghabiskan masa lebih daripada 50jam seminggu. Ramai yang sanggup bekerja sehingga 60-70jam atau lebih seminggu! Ini juga akibat daripada keghairahan yang dimiliki dalam karier atau perniagaan. Untuk mencapai jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.

4.Mempunyai pasangan hidup yang memahami dan menyokong

Pepatah mengatakan bahawa, behind every succesful man, there is a woman. Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar. Tidak kira sokongan daripada suami, isteri atau keluarga, sokongan adalah satu kemestian dalam membina keyakinan diri yang tegar tidak kira apa sahaja halangan yang bakal ditempuhi.

3.Mudah mesra dengan orang lain

84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang berada disekelilingnya, iaitu orang-orang lain. Untuk mencapai jutawan, seringkali perlu bantuan dari orang lain. Mempunyai personaliti mesra dengan orang lain akan memudahkan perhubungan sesama insan dan penerimaan orang lain atas diri kita. Ini sejurus membantu kita dalam mengembangkan rangkaian kenalan kita dengan lebih besar.

2. Berdisiplin

Selalunya kejayaan dicapai apabila kita adalah “boss”. Menjadi boss perlu disiplin yang kuat oleh kerana kita tidak mempunyai orang atasan. Sebagai contih, sekiranya menjalankan perniagaan, usahawan tidak perlu menjawab kepada sesiapa pun. Dirinya adalah boss kepada perniagaan sendiri. Tanpa disiplin, pastinya tidak dapat menguruskan perniagaan dengan betul dan lancar. Orang ramai sering mengaitkan menjadi jutawan boleh banyak berehat dan bersantai. Tetapi, sebaliknya yang berlaku kerana sekiranya jutawan banyak berehat dan santai, bagaimana pula dengan karier dan perniagaan? Pastinya dengan lebih banyak pendapatan, maka lebih banyak tanggungjawab atas karier dan perniagaan. Maka disiplin diri adalah penting untuk memastikan segalanya berterusan.


1. Jujur dengan semua orang

Sifat jujur adalah sifat yang terpuji. Sifat tersebut disenangi oleh semua orang. Dengan menjadi jujur kepada mereka disekeliling kita, tak kira keluarga, kenalan, pelanggan atau rakan perniagaan, jujur adalah faktor utama dalam mencapai kejayaan sebagai seorang jutawan.

*****************
Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

p/s: Share post ini pada sahabat-sahabat anda jika anda rasa ia artikel yang baik!

***********************************

Thursday, January 13, 2011

Kenali Diri Melalui Nombor Tarikh Lahir Anda?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, para pembaca Tips Motivasi Kejayaan di HasrynAzzuar DotBlogspotDotCom & MotivasiSantai DotCom. Moga ceria-ceria selalu dan gembira disamping orang yang tersayang. =) Bagaimana dengan post sebelum ini oleh Mis MotivasiSantai, Mis telah kongsikan serba sedikit tentang kepentingan mencintai ‘kerja’ yang kita lakukan kerana hanya perkara yang kita minati sahaja akan membuatkan kita berusaha tanpa rasa mengeluh, tanpa rasa penat dan sudah PASTI hasilnya memberangsangkan. Setuju atau tidak?

Hari ini, Hamka akan kongsikan serba sedikit tentang Rahsia Nombor Tarikh Lahir kita. Ia dapat membantu kita mengenali diri, serta dimana potensi dan kekuatan kita terukir. Ayuh, kita sama-sama lihat dan perhatikan. =)


1.Ketulenan



-Hadir dengan idea baru
-Memperoleh sesuatu dengan cara tersendiri
-Paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi

-Suka mengambil inisiatif dan menjadi yang terbaik dan biasanya adalah pemimpin atau ketua
-Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka

Perkara yang perlu dipelajari:
Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.
Berfikirlah secara terbuka.


2.Pendamai


-Dilahirkan sebagai diplomat
-Selalu berfikir dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri
-Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati
-Tidak suka bersendirian
-Persahabatan adalah penting dan mereka berupaya mendorong diri mereka untuk berjaya dalam hidup, tetapi sanggup bersendirian jika hubungan yang terjalin tidak serasi
-Secara semulajadi adalah pemalu. Perlu belajar untuk meningkatkan nilai kendiri dan meluahkan perasaan tanpa berlindung


3.Ceria


-Sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding
-Suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya
-Suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya
-Sangat popular dan idealistik
-Perlu belajar untuk melihat dengan lebih idealistik


4.Konservatif


-Sangat peka dan tradisional
-Sukakan arahan dan sesuatu yang rutin
-Hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya dilakukan
-Suka bekerja keras dan bersungguh melakukan sesuatu secara bersendirian
-Mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merqsai pertalian dengan alam sekitar
-Berupaya untuk bersabar, tekun dan adakalanya dianggap degil
-Harus belajar untuk lebih fleksibel dan berikap lebih baik terhadap diri sendiri


5.Perintis


-Adalah perintis
-Secara semulajadi mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat
-Perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat
-Dunia ini adalah sekolah mereka. Mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang dilalui
-Persoalan di fikiran tidak pernah terhenti
-Dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat kesimpulan


6.Romantik


-Idealistik dan perlukan sebab untuk bergembira
-Mementingkan hubungan kekeluargaan yang kuat
-Perasaan mereka mempengaruhi keputusan
-Sangat suka membantu dan menjaga seseorang
-Sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik
-Sukakan seni (muzik)

-Menjadi teman setia kepada yang menjalin hubungan secara serius
-Harus belajar tentang apa yang boleh dan tidak boleh diubah


7.Intelektual


-Adalah pencari
-Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi dan sukar menerima sesuatu dengan mudah
-Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan
-Suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling tetapi tidak suka dipersoalkan
-Dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian
-Gemarkan perkara berteknikal dan berkebolehan menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu
-Sangat suka berahsia
-Hidup dalam dunia tersendiri dan perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar


8.Penyelesaian


-Adalah penyelesai masalah
-Profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas
-Selalu ada perancangan yang hebat dan suka hidup dalam keadaan terbaik
-Sangat suka mengendalikan manusia dan melihat manusia secara objektif
-Akan memberitahu seseorang dengan cara tersendiri bahawa mereka adalah ketua
-Perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keputusan orang lain


9.Pelakon/Penghibur


-Berkebolehan untuk menghiburkan orang lain
-Sangat penyayang dan pemurah
-Dengan tarikan yang ada, mereka tiada masalah untuk berkawan dengan sesiapa dan bagi mereka, tiada sesiapa yang asing
-Mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga sukar untuk difahami
-Mereka seperti ‘sesumpah’ yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran
-Mempunyai nasib yang sangat baik, namun boleh menderita akibat terlalu bergantung pada nasib dan perasaan
-Untuk berjaya, perlu membina landasan kasih sayang


Amacam? Ada terkena sikit-sikit tak? =) Buat pengetahuan para pembaca sekalian, ciri-ciri tersenarai di atas adalah berdasarkan kajian oleh pakar-pakar motivasi dan pakar numerologi dan bukannya ‘tilik nasib’ atau yang seumpamanya. Di post/entry yang akan datang, insyaAllah Hamka akan kongsikan Tips-tips lain serta kaedah pengiraan tarikh lahir untuk mendalami potensi diri kita yang sebenar.


Moga bertemu lagi kita di entry seterusnya. =) Ceria-ceria selalu. Motivasi, Ingat HamkaMotivasiSantai.

*********************************
linked with: http://motivasisantai.com

Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Tuesday, January 11, 2011

HAYATI PESANAN-PESANAN & NASIHAT 4 KHULAFA’ AR-RASYIDIN



PESANAN 4 KHULAFA’ AR-RASYIDIN

Assalamualaikum wbt & salam motivasi kepada para pengunjung MotivasiSantai DotCom...(^_^)Y. Apa khabar hari ini? Pasti luar biasa hebat bukan? Hari ini Hamka ingin kongsikan pesanan-pesanan yang telah diberikan oleh 4 Khulafa' Ar-Rasyidin. Sama-sama kita hayati dan renungkan. Berikut adalah pesanan tersebut:
SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1. Hatinya selalu berniat suci
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:

1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'
2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia- sia
3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati

Begitulah antara nasihat-nasihat dan pesanan Para Khulafa' Ar-Rasyidin kita. Moga terkesan manfaatnya dalam hidup kita. InsyaAllah..
*******************************************

Monday, January 10, 2011

Adakah Kita Memahami Makna Bacaan-Bacaan Dalam Solat?

Allah Maha Besar


 Doa Iftitah


Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.


Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.


Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,


dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.


Sesungguhnya solatku,


Ibadatku,


hidupku,


matiku


adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.


Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak


menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.






Al-Fatihah


Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.


Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.


Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.


Yang menguasai hari pembalasan.


Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.


Tunjukilah kami jalan yang lurus.


Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.






Bacaan ketika rukuk


Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.






Bacaan ketika bangun dari rukuk


Allah mendengar pujian orang yang memujinya.






Bacaan ketika iktidal


Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.






Bacaan ketika sujud


Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.






Bacaan ketika duduk di antara dua sujud


Ya Allah, ampunilah daku,


Rahmatilah daku,


kayakan daku,


angkatlah darjatku,


rezekikan daku,


berilah aku hidayah,


sihatkanlah daku dan


maafkanlah akan daku.






Bacaan ketika Tahiyat Awal


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.


Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta


keberkatannya.


Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.


Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.


Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.






Bacaan ketika Tahiyat Akhir


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.


Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.


Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.


Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.


Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.


Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.


Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.


Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.






Doa Qunut


Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.


Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.


Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.


Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.


Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.


Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.


Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.


Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.


Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.


Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.


Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.


Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



"Wahai tuhan ku , aku tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"



Thursday, January 6, 2011

Tips Motivasi Kejayaan: 3 Sebab Utama Manusia Mampu Berubah Sikap/Hidup

  
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Salam luar biasa hebat dari saya, Hamka Motivasi Santai. Apa khabar semua? Pastinya hari ini penuh ceria bagi anda yang mahukan hidup yang hebat! Hari ini Hamka nak kongsikan satu perkara yang agak penting untuk saya sendiri, para pembaca mahupun sesiapa sahaja yang mahukan perubahan dalam hidup mereka. Ingat, hidup ini dapat diubah, bukan hanya bergantung pada nasib. Ada pepatah mengatakan “Kejayaan Hidup Kita 5 hingga 10 Tahun Lagi Bergantung Kepada 2 Perkara: Dengan Siapa Kita Berkawan dan Buku Apa Yang Kita”. Menarik bukan pepatah ni? Saya rasa, orang yang sentiasa berfikiran positif selalunya bersetuju. Ramai sahabat-sahabat saya diluar sana yang saya nampak mula mendapat ‘buah tangan kejayaan’ hasil dari 2 perkara ini. Rata-rata mereka sudah mula ‘menikmati’ lukisan kejayaan yang mereka ukir 2-10 tahun dahulu. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Kejayaan mereka semua bukannya datang bergolek-golek umpama bola yang ditendang David Beckam atau Rooney di tengah-tengah padang, sebaliknya atas usaha keras mereka serta konsistennya mereka mengusahakan sesuatu.

Mengikut apa yang saya belajar dari Sifu Bisnes kami, ada 3 SEBAB UTAMA MANUSIA AKAN BERUBAH. Nak tahu tak apa dia 3 ‘kunci’ utama ini? 3 perkara ini terbukti telah berjaya mengubah nasib ramai manusia di muka bumi Allah ini. 3 kunci inilah yang biasanya menjadi ‘turning point’ untuk ramai orang mengubah SIKAP. Ramai sedia maklum, kita mampu untuk mengubah penampilan seseorang ataupun diri kita sendiri, tapi agak sukar untuk mengubah sikap dan tabiat kita. Betul tak?

Di sini, Hamka akan kongsikan 3 kunci utama ini ya =) Anda semua sudah bersedia?

Kunci #1

Matlamat Yang Jelas

Ramai orang tahu perkara ini, tetapi tidak semua orang melakukannya. Matlamat yang jelas bukanlah hanya perkara yang difikirkan dan direncanakan dalam otak sahaja tau! Matlamat yang jelas termasuklah dengan melukis dan melakarkan matlamat kita sejelas-jelasnya. Lukislah atau tulislah perjalanan hidup anda, impian anda atau apa sahaja yang anda mahukan dengan jelas di atas sekeping kertas ibaratkan anda adalah ‘pengarah’ kepada filem hidup anda.

Cuba dapatkan gambar perkara-perkara yang menjadi impian anda seperti kereta BMW325i berwarna putih, ber’sportrim’ 19 inci, bernombor plat WIN 669, rumah banglo 3 tingkat siap dengan ‘swimming pool’ dan apa sahaja yang anda mahu dengan jelas, kemudian ‘print’ dan tampal di tempat-tempat yang anda selalu lihat, seperti di pintu almari pakaian, meja study anda dan lain-lain. Ini akan merangsang ‘subconcious mind’ atau minda separa sedar anda dengan lebih efektif lagi. Selalulah bayangkan anda memandu kereta impian anda, duduk dengan selesa dalam rumah impian anda atau makan di hotel bertaraf 7 Bintang. Bayangkan ia dengan kerap, tulis atau pandanglah dengan selalu dan sebut ia berulang-ulang kali tanpa rasa jemu. Nanti suatu hari ianya akan jadi seperti ‘magik’ apabila impian-impian anda itu mula datang kepada anda. Anda MESTI yakin dengan konsep ini kerana Allah SWT tidak akan menghampakan permintaan Hamba-Nya yang berusaha bersungguh-sungguh kemudian bertawakkal kepada-Nya.

Kunci #2

Musibah (Catastrophies)

Perkara ini mungkin agak sukar diperkatakan kerana kebanyakan orang kebiasaannya tidak akan mempercayai sesuatu perkara sehinggalah ia terjadi kepada dirinya sendiri. Pernah dengar tak pepatah ‘bila kena batang hidung sendiri, baru tahu langit ini tinggi atau rendah’?. Hehe, Hamka saja timbulkan isu ini kerana rata-rata manusia secara lumrahnya memang susah mempercayai sesuatu. Hamka beri satu contoh, sahabat Hamka sendiri. Ramai orang tak percaya dia ni ‘banyak duit’ kerana dia hanya guna kereta wira, duduk pula rumah teres 2 tingkat sedangkan hakikatnya dia berpendapatan 10 hingga 20k sebulan. Hamka hanya tersenyum simpul kepada rakan-rakannya yang memandang sinis dan memberikan kata-kata yang tak membina kepada beliau. Cerita ini hanya Hamka bagi sebagai contoh ‘ketakpercayaan’ orang sekeliling kita. Kesimpulan kepada point ini, janganlah kita hanya memandang kejayaan seseorang dengan semewah mana kereta yang mereka pakai dan sebesar mana rumah yang mereka tinggal kerana kejayaan kewangan bukan itu ukuran sebenar.

Berbalik kepada ‘musibah’ yang Hamka katakan tadi, sesuatu musibah yang berlaku PASTI akan mampu mengubah hidup dan sikap seseorang. Bayangkan apabila sesuatu musibah berlaku kepada ahli keluarga kita atau diri kita, pastinya dengan serta-merta kita akan bertindak. Sebagai contoh apabila rumah jiran anda sendiri telah dipecah masuk oleh pencuri dan grill rumah beliau telah dipecahkan, beliau pula banyak kehilangan barang, maka kita dengan tak semena-mena terus mencari ‘locker’ untuk mengunci grill rumah kita yang sudah sekian lama tidak di’lock’ dengan sempurna. Itupun setelah dinasihatkan oleh polis yang datang menyiasat kejadian tersebut. Kejadian seperti contoh yang Hamka nyatakan ini adalah ‘turning point’ untuk kita berubah sikap ke arah yang lebih baik. Begitu jugalah dalam realiti hidup kita yang sebenar.

Kunci #3

Kesedaran (Awareness)

Kunci ketiga ini juga adalah perkara yang selalu bermain dalam fikiran ramai orang. Keesedaran yang ‘terkesan’ adalah kesedaran yang mampu mengubah kita ke arah lebih baik, menaikkan aras kejayaan ke tangga yang lebih tinggi dan melonjakkan kita ke puncak kejayaan walau bagaimana sekalipun halangan yang bakal ditempuh. Sifu Bisnes saya yang seorang ni, Dato’ Dr Azman Ching sentiasa menyebut-nyebut perkara ini. Kata beliau;

SEDAR + BERTINDAK = KESAN

Ya!!! Sedar dan kemudian terus bertindak proaktif tanpa bertangguh-tangguh serta mengelak dari memberikan pelbagai alasan adalah platform kukuh yang boleh memberikan paradigma dan ‘turning point’ perubahan dalam diri kita. Ikutlah formula ini, formula yang Hamka namakan formula:

A  B  C

Apa maknanya tu? Huhu..Formula ini adalah Akronim kepada:

A = Awareness

B = Before

C = Change

Menarik bukan? Memang itu hakikatnya. Sebagai manusia biasa, kita harus SEDAR dari lamunan atau suatu keadaan yang dinamakan ‘comfort zone’. Elakkan diri kita dari terjerumus ke dalam lembah ‘comfort zone’.

Emm..rasanya hari ini setakat ini sahaja yang sempat Hamka kongsikan. Bertemu lagi kita di post yang akan datang. Moga jumpa di lain masa. Segalanya tentang motivasi.

Salam Luar Biasa Hebat dari saya, Hamka MotivasiSantai.



Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik"> http://www.irfankhairi.com/live?a_aid=848f27db&a_bid=092beac4 ">Klik di sini untuk maklumat lanjut.

p/s: Jangan segan silu utk sharekan artikel yang best ini dengan kawan-kawan anda. (^_^)Y Jumpa anda di Puncak Kejayaan
http://motivasisantai.com/


Tuesday, January 4, 2011

Tips Motivasi Kejayaan: 8 TIPS MUDAH UNTUK HIDUP MEWAH


8 tip mudah untuk hidup yang mewah

Oleh: Irfan Khairi


1: Tak perlu kopi & rokok!

OK OK…. Tengok tajuk tip no#1 ni pun ramai dah mula mengeluh. Tunggu dulu, biar saya jelaskan! Terdapat satu istilah ini yang dikenali sebagai “The Latte Factor” oleh penulis David Bach yang membawa maksud, setiap hari sebelum anda ke pejabat, boleh tak anda tak perlu singgah ke kedai kopi berjenama untuk secawan kopi (dan rokok)?

Mungkin menjadi tabiat kita untuk singgah sebentar dan berbelanja RM5 setiap hari pada minuman dan rokok sebelum ke pejabat atau ketika waktu rehat pejabat setiap hari. Dengan hanya menjimat RM5 sehari dan melaburkannya di dalam pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, dalam masa 45 tahun, wang tersebut akan menjadi RM1.4juta! katakanlah anda lakukan ini dari umur 20 tahun, anda akan pencen sebagai seorang jutawan.


2: Potong kad kredit

Ambil gunting, buka dompet anda, dan potong kad kredit anda. Ya, sememangnya kad kredit amatlah berhantu! Kad plastik di dalam dompet anda itu bertujuan untuk memerah wang anda dengan mengecaj interest yang amat tinggi- paling tinggi dalam industri kewangan (tolak along!). Sering kali kad kredit digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak perlu dan akibatnya, setiap bulan anda terpaksa membayar interest yang sebenarnya memakan simpanan anda.


Katakan anda membayar Interest kad kredit sahaja dalam lingkungan 18%. Apa makna simpanan anda yang memberi pulangan 10%? Takde maknanya! Simpanan pelaburan anda tidak akan bertambah sekiranya wang anda bocor akibat pembayaran caj-caj kad kredit yang tidak kita nampak.


3: Jaga emosi

 

Siapa kata wanita sahaja yang pandai berbelanja? Lelaki juga pandai berbelanja. Kajian mengatakan bahawa walaupun wanita lebih kerap berbelanja daripada lelaki, tetapi perbelanjaan lelaki adalah lebih banyak nilainya untuk setiap pembelian.
90% keputusan belian adalah keputusan emosi. Bukan sekadar wanita sahaja yang mempunyai emosi. Lelaki juga. Jaga emosi kita dalam belian. Fahami bahawa semua perniagaan dalam dunia ini akan menggunakan emosi untuk menarik belian anda. Seringkali belian yang dilakukan adalah tidak diperlukan. Setiap kali anda berdepan dengan keputusan belian, ulang berkali-kali dalam fikiran anda “Jaga emosi… jaga emosi… jaga emosi”!




4: Pakar 1 topik kewangan
Anda tidak perlu jadi pakar dalam semua perihal kewangan. Anda tidak perlu embaca beratus-ratus buku kewangan untuk berjaya dalam bidang kewangan. Tetapi, anda hanya perlu menjadi pakar dalam 1 bidang kewangan sahaja.
Maksudnya, pilih satu bidang kewangan untuk anda dalami. Contoh, mungkn anda minat melabur, maka, jadikan topik pelaburan sebagai bidang anda dalami. Atau mungkin anda minat hartanah, maka jadikan hartanah sebagai bidang anda dalami. Ataupun anda minat perniagaan Internet, maka, baca buku-buku perniagaan Internet.


Dengan mendalami sekurang-kurangnya hanya 1 topik kewangan, anda boleh pelajari berbagai-bagai kaedah menggandakan kewangan anda hanya dalam satu topik itu. Itu sahaja sudah mencukupi untuk menjadikan hidup kita lebih mewah.
5: Hutang yang bagus

Selepas ini, setiap kali anda berhutang, pastikan ianya adalah hutang yang bagus. Hutang bagus? Bukankah hutang semuanya tidak bagus?


Hutang yang bagus bermaksud hanay berhutang pada perkara-perkara yang menambah nilai. Contohnya, membeli rumah adalah hutang yang bagus, kernana nilainya bertambah. Berhutang untuk memulakan perniagaan dikirakan bagus, kerana bakal menambahkan pendapatan. Berhutang dalam pendidikan juga adalah bagus, kerana ia menambah nilai diri kita sendiri.


Manakala, berhutang untuk melancong adalah tidak bagus, kerana ia mengurangkan kewangan anda. Berhutang membeli perabot adalah tidak bagus kerana nilai perabot merosot. Berhutang membeli kereta mewah diluar kemampuan kita juga adalah tidak bagus kerana sekali beli kereta, nilainya secara automatik menyusut 30%!

6: Baca 30 minit

Pop kuiz- tahun ini berapa banyak buku yang telah anda baca? Buku komik dan novel tidak kira. Hanya buku yang boleh menambahkan nilai anda sahaja- buku yang berkaitan dengan industri anda.


Kebanyakan antara kita tidak membaca walaupun satu buku pun! Sekiranya tidak membaca, bagaimana hendak menambahkan kepakaran kita? Sekiranya kepakaran tidak bertambah, maka makin lambatlah gaji kita dapat bertambah kerana kurangnya ilmu.

Dengan hanya membaca buku 30 minit diwaktu pagi (kunci jam loceng anda 30 minit lebih awal), dan hanya membaca 30 minit sebelum tidur, anda akan dapat membaca 1 jam setiap hari. Secara purata, dengan membaca 1 jam sehari, anda akan dapat membaca 40 buku yang berkaitan dengan bidang anda.


Dalam masa 2-3 tahun, anda akan berjaya membaca lebih 100 buku berkaitan dengan bidang anda. Apa yang anda akan dapat dengan mebaca lebih dari 100 buku yang berkaitan dalam bidang anda?


Confirm! Anda akan menjadi pakar dalam bidang anda. Dan pakar akan dibayar berkali-kali ganda berbanding dengan mereka yang tidak pakar dalam bidang mereka.


7: Cari kawan baru

 

Anda akan menjadi seperti kawan anda. Sekiranya anda sering lepak dengan kawan-kawan yang selalu sengkek, selalu pokai, selalu tak berduit, sedar tak sedar, anda juga akan menjadi seperti itu. Apa kata anda buka fikiran untuk mencari kenalan-kenalan baru dikalangan mereka yang berjaya? Bukan abaikan kawan-kawan yang sengkek tadi… erm…. Mungkin juga boleh abaikan mereka kerana menyusahkan diri anda sahaja!

Dapat kan kawan yang bijak mengendalikan wang, dapatkan kenalan usahawan berjaya, dapatkan kawan yang pakar dalam industri anda. Dengan sentiasa berdampingan dengan mereka yang berjaya, anda juga akan turut berjaya kerana kejayaan itu akan berjangkit kepada anda!

8: Jangan baca sahaja

Jangan baca sahaja tip-tip kewangan dan tidak lakukan apa apa. Mungkin tip-tip 1-7 ini anda telah baca sebelum ini, tapi, tabiat manusia sering melewat-lewatkan kerja dan tidak melakukan apa-apa. Mungkin sebelum ini anda telah fikir untuk mengubahkan hidup anda, tetapi, hanya duduk dan biarkan waktu berlalu tanpa sebarang usaha.


Mempunyai ilmu sahaja tanpa mengaplikasikannya adalah kerugian yang amat besar. Jangan sekadar baca sahaja, lakukan sesuatu untuk mengubah hidup anda. Lakukan perkara-perkara yang mudah, kerana perkara-perkara yang mudah inilah yang akan membuatkan kita hidup lebih mewah!

*****************

Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik">http://www.irfankhairi.com/live?a_aid=848f27db&a_bid=092beac4">Klik di sini untuk maklumat lanjut.


p/s: Jangan segan silu utk sharekan artikel yang best ini dengan kawan-kawan anda. (^_^)Y Jumpa anda di Puncak Kejayaan - Master Hasryn (HAMKA)






















































Monday, January 3, 2011

Tips Motivasi Kejayaan:

"Apabila Kita Mendapat Idea Yang Bernas, Kebiasaannya Tidak Semua Orang Akan Nampak 'Kehebatan' Idea Tersebut, Sehinggalah Apabila Kita Berjumpa Dengan Orang Yang Tepat, Yang 'Nampak' Akan Kehebatannya. Maka, Simpan Baik-Baik Idea Anda, Dan Carilah Orang Yang Sesuai Untuk Anda Bekerjasama, Nescaya Hasilnya PASTI Akan Memuaskan Hati"...Master Hasryn

Tips Motivasi Kejayaan:

"Tiada Manusia Yang Sempurna, Dan Sememangnya Tidak Akan Pernah Sempurna, Tetapi Tidak Salah Untuk Kita Berusaha Bersungguh-sungguh Mengejar Kesempurnaan Kerana ALLAH SWT Adalah Maha Sempurna Dan Sangat Menyukai Kesempurnaan"...Master Hasryn (HAMKA)

Sunday, January 2, 2011

Tips Motivasi Kejayaan:


"Hidup Tanpa Matlamat Ibarat Berlayar Di Lautan Luas Tanpa Arah Tujuan. Semakin Kuat Mendayung, Semakin Jauh Dari Tebingnya. Maka, Tuliskanlah Matlamat Kita Dengan Jelas, Supaya Pejalanan Hidup Yang Mendatang Lebih Teratur"...Master Hasryn (HAMKA)