Assalamualaikum dan salam motivasi para pembaca MotivasiSantai.com. Bagaimana hari ini? Adakah anda gembira seperti biasa? Betapa pentingnya kita sentiasa merasa gembira kerana perjalanan hidup kita PASTI akan lebih mudah dan ceria apabila kita sentiasa gembira. Manakan tidak, sahabat handai di sekeliling pasti akan semakin ramai apabila kita tidak lekang dari senyuman yang terukir kemas.
Baiklah, hari ini Hamka akan kongsikan sedikit maklumat mengenai Rahsia Tandatangan. Anda mahu tahu atau tidak tentang rahsia-rahsia yang tersirat di sebalik tandatangan kita? Ayuh, teruskan membaca. =)
RAHSIA TANDATANGAN
Satu Garis di Bawah Tandatangan
Memiliki keyakinan yang tinggi dan personaliti diri yang baik. Namun, agak kedekut tetapi percaya kepada Kebahagiaan dalam Kehidupan Manusia’.
Dua Titik di Bawah Tandatangan
Mereka boleh dikatakan sebagai yang berjiwa romantik. Mudah menukar kekasih (perempuan) seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri mencuba untuk kelihatan menarik.Mudah menarik perhatian orang lain.
Satu Titik di Bawah Tandatangan
Lebih cenderung kepada seni klasik, mudah dan ‘tenang’.Jika orang lain kehilangan kepercayaan pada mereka, mereka tidak akan ‘kembali’ pada mereka.Maka, perlulah berhati-hati dengan orang seperti mereka.
Tiada Garisan atau Titik di Bawah Tandatangan
Mereka hidup dalam dunia sendiri.Tidak pernah mempedulikan pendapat orang lain (pada fikiran orang). Boleh dikatakan sebagai yang menghargai alam sekitar tetapi agak kedekut.
Tiada Persamaan antara Nama dan Tandatangan
Mereka mencuba untuk kelihatan bergaya, suka menyembunyikan sesuatu, tidak pernah berkata terus dan memberi perhatian terhadap apa yang dikatakan orang lain.
Ada Persamaan antara Nama dan Tandatangan
Berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi tidak pernah berfikir. Menukar idea dan pandangan seperti angin yang mengubah haluan. Tidak pernah berfikir sama ada sesuatu itu baik atau sebaliknya.Orang lain boleh ‘memenangi’ mereka dengan hanya memuji mereka.
Tandatangan dengan Huruf yang Tidak Bersambung
Mereka sangat baik pada orang lain.Mempunyai hati yang baik, tidak mementingkan diri dan bersedia berkorban demi kebahagiaan atau kepentingan orang yang disayangi. Namun, terlalu banyak berfikir dan ini memungkinkan mereka untuk cepat marah.
Tandatangan dengan Lengkap seperti Nama
Mereka sangat baik hati. Boleh menyesuaikan diri dengan apa sahaja suasana dan dengan sesiapa sahaja yang ditemui.Sangat teguh pada pandangan dan memiliki keinginan yang kuat.
Bagaimana? Agak tepat bukan? Sekian sahaja buat kali ini. Moga bertemu dalam post seterusnya. Salam Motivasi dari Hamka.
Linked with: http://motivasisantai.com/
No comments:
Post a Comment