Strategi Pemasaran Internet - Produk Digital - Pelaburan Hartanah





Thursday, January 6, 2011

Tips Motivasi Kejayaan: 3 Sebab Utama Manusia Mampu Berubah Sikap/Hidup

  
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Salam luar biasa hebat dari saya, Hamka Motivasi Santai. Apa khabar semua? Pastinya hari ini penuh ceria bagi anda yang mahukan hidup yang hebat! Hari ini Hamka nak kongsikan satu perkara yang agak penting untuk saya sendiri, para pembaca mahupun sesiapa sahaja yang mahukan perubahan dalam hidup mereka. Ingat, hidup ini dapat diubah, bukan hanya bergantung pada nasib. Ada pepatah mengatakan “Kejayaan Hidup Kita 5 hingga 10 Tahun Lagi Bergantung Kepada 2 Perkara: Dengan Siapa Kita Berkawan dan Buku Apa Yang Kita”. Menarik bukan pepatah ni? Saya rasa, orang yang sentiasa berfikiran positif selalunya bersetuju. Ramai sahabat-sahabat saya diluar sana yang saya nampak mula mendapat ‘buah tangan kejayaan’ hasil dari 2 perkara ini. Rata-rata mereka sudah mula ‘menikmati’ lukisan kejayaan yang mereka ukir 2-10 tahun dahulu. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Kejayaan mereka semua bukannya datang bergolek-golek umpama bola yang ditendang David Beckam atau Rooney di tengah-tengah padang, sebaliknya atas usaha keras mereka serta konsistennya mereka mengusahakan sesuatu.

Mengikut apa yang saya belajar dari Sifu Bisnes kami, ada 3 SEBAB UTAMA MANUSIA AKAN BERUBAH. Nak tahu tak apa dia 3 ‘kunci’ utama ini? 3 perkara ini terbukti telah berjaya mengubah nasib ramai manusia di muka bumi Allah ini. 3 kunci inilah yang biasanya menjadi ‘turning point’ untuk ramai orang mengubah SIKAP. Ramai sedia maklum, kita mampu untuk mengubah penampilan seseorang ataupun diri kita sendiri, tapi agak sukar untuk mengubah sikap dan tabiat kita. Betul tak?

Di sini, Hamka akan kongsikan 3 kunci utama ini ya =) Anda semua sudah bersedia?

Kunci #1

Matlamat Yang Jelas

Ramai orang tahu perkara ini, tetapi tidak semua orang melakukannya. Matlamat yang jelas bukanlah hanya perkara yang difikirkan dan direncanakan dalam otak sahaja tau! Matlamat yang jelas termasuklah dengan melukis dan melakarkan matlamat kita sejelas-jelasnya. Lukislah atau tulislah perjalanan hidup anda, impian anda atau apa sahaja yang anda mahukan dengan jelas di atas sekeping kertas ibaratkan anda adalah ‘pengarah’ kepada filem hidup anda.

Cuba dapatkan gambar perkara-perkara yang menjadi impian anda seperti kereta BMW325i berwarna putih, ber’sportrim’ 19 inci, bernombor plat WIN 669, rumah banglo 3 tingkat siap dengan ‘swimming pool’ dan apa sahaja yang anda mahu dengan jelas, kemudian ‘print’ dan tampal di tempat-tempat yang anda selalu lihat, seperti di pintu almari pakaian, meja study anda dan lain-lain. Ini akan merangsang ‘subconcious mind’ atau minda separa sedar anda dengan lebih efektif lagi. Selalulah bayangkan anda memandu kereta impian anda, duduk dengan selesa dalam rumah impian anda atau makan di hotel bertaraf 7 Bintang. Bayangkan ia dengan kerap, tulis atau pandanglah dengan selalu dan sebut ia berulang-ulang kali tanpa rasa jemu. Nanti suatu hari ianya akan jadi seperti ‘magik’ apabila impian-impian anda itu mula datang kepada anda. Anda MESTI yakin dengan konsep ini kerana Allah SWT tidak akan menghampakan permintaan Hamba-Nya yang berusaha bersungguh-sungguh kemudian bertawakkal kepada-Nya.

Kunci #2

Musibah (Catastrophies)

Perkara ini mungkin agak sukar diperkatakan kerana kebanyakan orang kebiasaannya tidak akan mempercayai sesuatu perkara sehinggalah ia terjadi kepada dirinya sendiri. Pernah dengar tak pepatah ‘bila kena batang hidung sendiri, baru tahu langit ini tinggi atau rendah’?. Hehe, Hamka saja timbulkan isu ini kerana rata-rata manusia secara lumrahnya memang susah mempercayai sesuatu. Hamka beri satu contoh, sahabat Hamka sendiri. Ramai orang tak percaya dia ni ‘banyak duit’ kerana dia hanya guna kereta wira, duduk pula rumah teres 2 tingkat sedangkan hakikatnya dia berpendapatan 10 hingga 20k sebulan. Hamka hanya tersenyum simpul kepada rakan-rakannya yang memandang sinis dan memberikan kata-kata yang tak membina kepada beliau. Cerita ini hanya Hamka bagi sebagai contoh ‘ketakpercayaan’ orang sekeliling kita. Kesimpulan kepada point ini, janganlah kita hanya memandang kejayaan seseorang dengan semewah mana kereta yang mereka pakai dan sebesar mana rumah yang mereka tinggal kerana kejayaan kewangan bukan itu ukuran sebenar.

Berbalik kepada ‘musibah’ yang Hamka katakan tadi, sesuatu musibah yang berlaku PASTI akan mampu mengubah hidup dan sikap seseorang. Bayangkan apabila sesuatu musibah berlaku kepada ahli keluarga kita atau diri kita, pastinya dengan serta-merta kita akan bertindak. Sebagai contoh apabila rumah jiran anda sendiri telah dipecah masuk oleh pencuri dan grill rumah beliau telah dipecahkan, beliau pula banyak kehilangan barang, maka kita dengan tak semena-mena terus mencari ‘locker’ untuk mengunci grill rumah kita yang sudah sekian lama tidak di’lock’ dengan sempurna. Itupun setelah dinasihatkan oleh polis yang datang menyiasat kejadian tersebut. Kejadian seperti contoh yang Hamka nyatakan ini adalah ‘turning point’ untuk kita berubah sikap ke arah yang lebih baik. Begitu jugalah dalam realiti hidup kita yang sebenar.

Kunci #3

Kesedaran (Awareness)

Kunci ketiga ini juga adalah perkara yang selalu bermain dalam fikiran ramai orang. Keesedaran yang ‘terkesan’ adalah kesedaran yang mampu mengubah kita ke arah lebih baik, menaikkan aras kejayaan ke tangga yang lebih tinggi dan melonjakkan kita ke puncak kejayaan walau bagaimana sekalipun halangan yang bakal ditempuh. Sifu Bisnes saya yang seorang ni, Dato’ Dr Azman Ching sentiasa menyebut-nyebut perkara ini. Kata beliau;

SEDAR + BERTINDAK = KESAN

Ya!!! Sedar dan kemudian terus bertindak proaktif tanpa bertangguh-tangguh serta mengelak dari memberikan pelbagai alasan adalah platform kukuh yang boleh memberikan paradigma dan ‘turning point’ perubahan dalam diri kita. Ikutlah formula ini, formula yang Hamka namakan formula:

A  B  C

Apa maknanya tu? Huhu..Formula ini adalah Akronim kepada:

A = Awareness

B = Before

C = Change

Menarik bukan? Memang itu hakikatnya. Sebagai manusia biasa, kita harus SEDAR dari lamunan atau suatu keadaan yang dinamakan ‘comfort zone’. Elakkan diri kita dari terjerumus ke dalam lembah ‘comfort zone’.

Emm..rasanya hari ini setakat ini sahaja yang sempat Hamka kongsikan. Bertemu lagi kita di post yang akan datang. Moga jumpa di lain masa. Segalanya tentang motivasi.

Salam Luar Biasa Hebat dari saya, Hamka MotivasiSantai.



Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik"> http://www.irfankhairi.com/live?a_aid=848f27db&a_bid=092beac4 ">Klik di sini untuk maklumat lanjut.

p/s: Jangan segan silu utk sharekan artikel yang best ini dengan kawan-kawan anda. (^_^)Y Jumpa anda di Puncak Kejayaan
http://motivasisantai.com/


No comments:

Post a Comment