Strategi Pemasaran Internet - Produk Digital - Pelaburan Hartanah





Thursday, December 30, 2010

Tips Motivasi Kejayaan:

"Lebih Elok Nampak Sederhana Daripada 'Kaya' Tapi Dibebani Hutang Keliling Pinggang. Bebas Daripada Hutang Adalah Kebahagiaan Yang Tidak Semua Orang Dapat Merasainya. Kejarlah Ia Supaya Hidup Ini Betul-Betul Bermakna"...HAMKA

Tuesday, December 28, 2010

Tips Motivasi Kejayaan:

"F.O.C.U.S (Forget Other Commitment Until Success): Mulakan Sesuatu Pekerjaan Dan Lakukan Sehingga Habis Dan Baru Bermula Dengan Yang Lain, Ini Akan Dapat Membantu Kesempurnaan Sesuatu Kerja"...Master Hasryn (HAMKA)

Monday, December 27, 2010

Tips Motivasi Kejayaan:




"Jangan Hanya Asyik Termenung Dan Bermimpi, Sebaliknya Berusahalah Bersungguh-sungguh Berdikit-dikit Ke Arah Impian Kita Dan Kemudiannya Bertawakkal Kepada-Nya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui Dan Memakbulkan Segala Cita-Cita Dan Impian"...Master Hasryn (HAMKA)

Tips Motivasi Kejayaan:

"Jika Anda Rasa, Anda Bukannya 'Somebody' Tetapi Tetap Mahukannya, Lakukan Sahaja Apa Yang Anda Minati Dengan Konsisten, Berwibawa, Penuh Kesungguhan Sehingga PAKAR. Akhirnya PASTI Orang Akan 'Realize' Keikhlasan Kita Dan Sekaligus Menaik Taraf Diri Kita Ke Tahap Maksimum"... Master Hasryn (HAMKA)

Tips Motivasi Kejayaan:

"Antara Maksud Kebebasan Kewangan Termasuklah Apabila Semua Bil-Bil Air, Elektrik, Rumah, Kereta dll Dibayar Oleh Orang Lain Yang Menyewa Atau Menggunakan Perkhidmatan/Produk Kita"...Master Hasryn

Saturday, December 25, 2010

Tips Motivasi Kejayaan:


"Seorang Leader (Ketua) Yang Baik Adalah Ketua Yang Turut Pernah Merasai Susahnya Menjadi Pengikut, Sentiasa Memahami Keperluan Dan Dapat Mengarahkan Pengikutnya Dengan Tanpa Menyebabkan Rasa Tertekan"...Master Hasryn (HAMKA)

Thursday, December 23, 2010

Himpunan Hadith:


"Bacalah olehmu Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya"(Hadis Riwayat Muslim)

Tips Motivasi Kejayaan:


"Apabila Mendapat Maklumat Atau Berita Tentang Sesuatu, Lebih Elok Kaji Dahulu Perkara Tersebut Dan Jangan Terus Menelannya Bulat-Bulat, Ini Akan Dapat Mengelakkan Berlakunya Fitnah, Kerana Fitnah Adalah Lebih Tajam Daripada Mata Pedang"...Master Hasryn

Tuesday, December 21, 2010

Tips Motivasi Kejayaan:


"Setiap Orang Ada Kekurangan Dan Ada Juga Kelebihannya. Maka Pandanglah Kepada Kelebihannya Supaya Kita Turut Akan Mendapat Kelebihannya, Tetapi Jika Jika Pandang Kepada Kekurangannya, Maka Kita Juga Akan Terkesan Kekurangannya"...Master Hasryn

Sunday, December 19, 2010

Tips Motivasi Kejayaan:


"The Greater Inventor/Creator Needs The Greater Supporter, That's How They Are Making Money Non-Stop, By Great Co-Operation, Everything Will Be More Easier And Faster"...Master Hasryn

Monday, December 13, 2010

TIPS MOTIVASI KEJAYAAN:

"Lebih Elok Berbuat Sesuatu Berbanding Hanya Bercakap Mengenainya, Kerana Hasil Yang Positif Biasanya Hadir Setelah Suatu Tindakan Dilakukan, Bukan Hadir Setelah Ia Diperkatakan"...HAMKa

Hot Stuff!! Senarai Program Affiliates: Check It Out!!!

Produk berkaitan Perniagaan Internet & Buat Duit Online
1.Pakej Web Jualan
2.Panduan Kerjaya (latest!)


3.Panduan Affiliate (latest!)


4.Akademi SMS (latest!)


5.Ebook Magnet Rezeki (new)


6.Pakej Sistem Rahsia versi 2.0 (new)


7.Koleksi Perkakasan & Bahan Membina Website (new)


8.7 Hari Mahir Adsense


9.Panduan Membina Blog Wordpress (hot!!!)


10.Adsense Secret Strategy (extended version)


11.Rahsia Penulis Ebook (new)


12.Rahsia MLM (hot!!!)


13.Rahsia Buat Duit Dengan SMS


14.10 Model Bisnes Internet Menguntungkan


15.Pelaburan Unit Amanah (new)


16.Duit Maskahwin (hot!!!)


17.MalaysiaPal (re-launch!)


18.Panduan Raja Adsense (hot!!!)


19.117 Idea Bisnes Luar Biasa (re-launch!)


Seminar / Workshop
1.Bengkel Asas Perniagaan Internet


2.Seminar Perniagaan Internet SaifulSham


3.Workshop Bina Laman Web Perniagaan


4.Seminar Perniagaan SMS



Webhosting / Domain / Autoresponder / Pakej


1.Webhosting EcommerceMastery (new)


2.Webhosting Namsahaz


3.Pakej Perniagaan Internet (Video) (new)

4. Jomhosting.net



Lain-lain produk

1.Jimat Minyak (hot!!!)


2.Pakej Cuti-Cuti Malaysia (hot!!!)


3.Rempah Sate


4.Kedai Buku AdikBijak (hot!!!)


5.Belajar Bahasa Arab


6.Tips Membeli Rumah

Tips Motivasi Kejayaan:

"Apabila Semakin Berilmu, Jadilah Seperti Resmi Padi, Makin Berisi, Makin Menunduk, Jangan Pula Jadi Resmi Lalang, Tiada Apa-apa Tapi Makin Lama Makin Meninggi"...HAMKa

Saturday, December 4, 2010

Coretan perjalanan 041210

"Tinggal 24minit je lagi nak bertolak balik ke shah alam..saya masih di johor bahru setelah selesaikan 'kerja' di sini. Esok ada 'kerja' lain yang harus diselesaikan. p/s: lakukan setiap 'kerja' dengan ejoy dan ikhlas, hasilnya PASTI tiada rasa penat"...HAMKa

Thursday, December 2, 2010

Tips Motivasi Kejayaan:


"Tiada Yang Sempurna Dalam Hidup Ini, Kereta Ferrari Yang Hensem & Mahal Itu Pun Tersangkut Apabila Jalan Sesak, Motosikal BMW Yang Best Itu Pula Sangkut Apabila Hujan Lebat, Fikir-fikirkan" ...Master Hasryn

Tuesday, November 30, 2010

Tips Motivasi Kejayaan:


"Setiap Orang Memang Dilahirkan Untuk Berjaya, Asalkan Mereka Tahu Dimana Kekuatannya Lalu FOKUS Terhadapnya dan Juga Tahu Dimana Kelemahan Diri Sendiri, Lantas Menghindarinya"...Master Hasryn

Thursday, November 25, 2010

Tips Motivasi Kejayaan:

Tips Motivasi Kejayaan: Allah SWT Berfirman Yang Bermaksud: "Dan Bahawasanya Seorang Manusia Tiada Memperoleh Selain Apa-apa Yang Diusahakannya. Bahawasanya Usahanya Itu Kelak Akan Diperlihatkan (Kepadanya). Kemudian Akan Diberi Balasan Kepadanya Dengan Balasan Yang Paling Sempurna" (Surah An-Najm 39-41)

Sunday, November 21, 2010

Tips Motivasi Kejayaan:


"Setiap Orang Dikurniakan Jumlah Masa Yang Sama Dalam Sehari Iaitu 24 Jam. Tetapi Masih Ada Diantara Kita Yang Berjaya Dan Ada Juga Yang Masih Belum Berjaya. Kejayaan Dan Kekayaan Bukan Bergantung Kepada Jumlah Masa Kita Bekerja, Tetapi Bergantung Kepada Berapa Smart, Terancang Dan Betapa Bersungguh Kita Melakukannya Sehingga Habis Dan Ia Juga Bukan Bergantung Kepada Siapa Kita"... Master Hasryn

Monday, November 15, 2010

Profil Master Hasryn


Master Hasryn – Minatnya terhadap perniagaan sudah sebati dalam dirinya sejak kecil lagi. Sudah mula berjinak-jinak berniaga sejak zaman persekolahan. Seorang perunding takaful dan kewangan Islam. Kini menjalankan perniagaan 3T (Training/ Takaful dan Trading). Juga menjalankan beberapa perniagaan produk melalui internet. Antara produk kelolaannya termasuklah: kompasskiblat.com, salawatherapy.com, mysmartbookmark.com dan beberapa produk lain. Berpegang kepada prinsip: “kita boleh menjual apa sahaja, di mana sahaja, dengan apa harga sekalipun, jika kita tahu cara mempengaruhi minda dan emosi pelanggan, dan mereka tidak akan teragak-agak malah tidak sabar mengeluarkan duit untuk memilikinya”.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) dan berbakat dalam seni pengucapan, pidato, syarahan, persembahan, pengacaraan dan seni penulisan. Bakat inilah yang telah membawanya sehingga mewakili Pelajar-pelajar Farmasi Malaysia ke Khon Kaen, Thailand pada tahun 2008 membentang kertas kerja penyelidikan di sana. Antara pencapaiannya termasuklah pernah dianugerahkan Pingat Jasa Terpuji oleh Badan NGO, PBSM Malaysia. Bakat kepimpinan terserlah apabila menerajui Pelajar-pelajar Farmasi sewaktu di Universiti (Presiden) dan sebagai Naib Presiden Persatuan Pelajar Farmasi Malaysia (MyPSA).

Pernah 2 kali dianugerahkan Award “Top Salesperson”oleh Peoplepreneur Business School (sebuah komuniti usahawan Malaysia). Minatnya adalah mendalami kepakaran dalam bidang seni jualan, seni pidato dan pengucapan awam, NLP, Reiki, Mind Maping, Numerology, Seni Falsafah dan Astrologi. Sentiasa positif dan dahagakan ilmu dan memastikan setiap hari pasti ada bahan atau bacaan baru yang akan dipelajari kerana pembelajaran yang berterusan akan mengangkasakan kita dan membezakan kita dengan orang lain. Kata mutiara sebagai titipan profil: “Kita mampu menjadi ‘somebody’ 5 hingga 10 tahun dari sekarang bergantung kepada 2 perkara; yang pertama ialah buku apa yang kita baca dan yang kedua adalah dengan siapa kita berkawan dan bergaul.”

Motivasi Perniagaan:

 
“kita boleh menjual apa sahaja, di mana sahaja, dengan apa harga sekalipun, jika kita tahu cara mempengaruhi minda dan emosi pelanggan, dan mereka tidak akan teragak-agak malah tidak sabar mengeluarkan duit untuk memilikinya produk atau servis kita”. Master Hasryn

Wednesday, November 10, 2010

Motivasi Kewangan

Allah berfirman: "Tidak ada dosa atas kamu untuk mencari kekayaan dari Tuhanmu. Bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah rahmat Allah" (Surah al-Jum'ah:60)

Tuesday, November 9, 2010

Sunday, November 7, 2010

Tip Motivasi Diri:


"Lakukan SEKARANG Apa Sahaja Yang Terlintas Di Kepala, Catatkan Segala Yang Terlintas, Jika Tidak PASTI Perkara Tersebut Tidak Akan Menjadi & Akan Hilang Begitu Sahaja"...Master Hasryn

Wednesday, November 3, 2010

Sehari Selembar Kata:

"Setiap Orang Di Antara Kita Sentiasa Melihat, Tetapi Tidak Semua Orang Allah Berikan Kelebihan Untuk 'Nampak' Apa Yang Dilihatnya"...Master Hasryn (Fikir-fikirkan) (^_^)Y

Tuesday, November 2, 2010

Sehari Selembar Kata:

"Sebilah Pedang Tidak Akan Nampak Menggerunkan Jika Tiada Tangan Yang Berani Menggunakannya, Petir & Kilat Tidak Nampak Menggerunkan Selagi Tidak Terkena Pada Seseorang, Begitu Juga Dengan Potensi Diri Kita, Hanya Akan Dapat Terserlah Jika Digunakan Sepenuhnya"...Master Hasryn

Saturday, October 30, 2010

Sehari Selembar Kata


Mulakan Hari Ini Dengan Rasa Syukur...Hari Yg Indah, Hari Yg Baik Utk Terus Menerus Berusaha..(^_^)Y "Kita Tidak Boleh Mengubah Keadaan Sekeliling, Tetapi Kita Boleh Ubah Diri Kita & Keadaan Sekeliling Akan Berubah Mengiringi Kita"...Master Hasryn

Sunday, October 17, 2010

Sunday, October 10, 2010

Consciousness: Minda Sedar.

Consciousness

Consciousness is variously defined as subjective experience, or awareness, or wakefulness, or the executive control system of the mind. It is an umbrella term that may refer to a variety of mental phenomena. Although humans realize what everyday experiences are, consciousness refuses to be defined, philosophers note (e.g. John Searle in The Oxford Companion to Philosophy):

"Anything that we are aware of at a given moment forms part of our consciousness, making conscious experience at once the most familiar and most mysterious aspect of our lives."

—Schneider and Velmans, 2007

Consciousness in medicine (e.g., anesthesiology) is assessed by observing a patient's alertness and responsiveness, and can be seen as a continuum of states ranging from alert, oriented to time and place, and communicative, through disorientation, then delirium, then loss of any meaningful communication, and ending with loss of movement in response to painful stimulation.

Consciousness in psychology and philosophy typically means something beyond what it means for anesthesiology, and may be said in many contexts to imply four characteristics: subjectivity, change, continuity, and selectivity. Philosopher Franz Brentano has suggested intentionality or aboutness (that consciousness is about something). However, within the philosophy of mind there is no consensus on whether intentionality is a requirement for consciousness.

Consciousness is the subject of much research in philosophy of mind, psychology, neuroscience, cognitive science, cognitive neuroscience and artificial intelligence. Issues of practical concern include how the presence of consciousness can be assessed in severely ill or comatose people; whether non-human consciousness exists and if so how it can be measured; at what point in fetal development consciousness begins; and whether computers can achieve a conscious state.


Thursday, October 7, 2010

Sehari Selembar Kata

"There is no better time than now. The time to live is now. The time to dream is now. The time to imagine and forget the past is now. The time to shine is now. The time to bleed, sweat, and determine yourself for the things you want most is now"...

Thursday, September 30, 2010

Nota Penggugahan!

Membaca & Terus Membaca Tanpa Henti..Susun, Rangka Strategi Perniagaan..Lupakan Bantal & Tilam Yg Empuk Itu...Fikirkan Masa Depan Isteriku, Anak-anak, Keluarga Tersayang!!! Moga ALLAH Merestui & Mengiringiku Dalam Perjuanganku Hendak Menjadikan Perniagaan Sebagai Cara Hidupku Mengikut Sunnah RasulMu..Ya ALLAH, Kaulah Tuhanku, Majikanku, Pelindungku, Yg Maha Memberi Rezeki...Iringilah Aku & Sertailah Aku Dalam Perjuangan Perniagaanku...Amiin...(<_>) Ayuh Sahabat2 Yg Berniaga, Jadikan ALLAH SWT sbg Biz Partner Kita! (Pesan Salah Seorang Guru) - Semoga Post Ini Mengggugah Diriku...InsyaALLAH..

Sehari Selembar Kata:


"Membaca, Menuntut Ilmu, Menghadiri Seminar Adalah Perkara Yang Sangat Bermanfaat, Ibarat Semakin Banyak Dilakukan, Semakin Tinggi Tangga & Tingkat Yang Akan Kita Naiki, & Semakin Dekat Dengan Pintu Kejayaan, Kuncinya Ada Pada Setiap Orang Diantara Kita, Hanya Kita Yang Layak Membuka Pintu Itu Dengan Izin ALLAH, & Bukannya Orang Lain"...Master Hasryn

Saturday, September 25, 2010

Sehari Selembar Kata

"Kejayaan Bukanlah Suatu Peluang, Tetapi Adalah Suatu Pilihan, Kejayaan Bukan Datang Dengan Sendiri, Tetapi Harus Dikejar"... Master Hasryn

Saturday, September 18, 2010

Sehari Selembar Kata:


"Lakukanlah Setiap Pekerjaan Tanpa Bertangguh, Kerana Bertangguh Itu PASTI Tidak Menjadi, Ianya Memang Suatu Konsep, NOW OR NEVER (Sekarang Atau Langsung Tiada)! - Kebanyakan Orang Yang Berjaya, Melakukan Sekarang, Bukannya Nanti, Esok Ataupun Lusa"...Master Hasryn 

Friday, September 17, 2010

Sehari Selembar Kata:


"Mengapa apabila kita buat perkara yang kita minat, tak ada pun rasa penat, mengeluh dan yang seumpamanya? Tetapi bila kita lakukan apa yang kita tidak minat, sekejap pun rasa macam beribu tahun? Maka, lakukanlah apa sahaja yang kita minati, pasti hidup akan lebih ceria dan tak tertekan!"...Master Hasryn

Tuesday, August 31, 2010

Sehari Selembar Kata:


"Berniaga Adalah Jalan Terbaik Bagi Orang Yang Sukakan Kebebasan Masa, Kebebasan Kewangan, Kebebasan Beribadat, Kebebasan Untuk Keluarga Dll Yang Sewaktu Dengannya"...Master Hasryn

Wednesday, August 11, 2010

Kalimah Allah Melekat Lebih Lama Dalam Minda Seseorang

Assalamualaikum wbt..
Bertemu lagi para pembaca..Apa khabar hari ini?
Moga2 di Bulan Ramadhan ini kita sentiasa sihat & dikurniakan oleh Allah kekuatan untuk beribadah dengan sempurna di samping amalan-amalan sunat yang lain. Hari ini saya mahu kongsikan sesuatu yang baik untuk kita semua. Cuba kalian lihat gambar dibawah dan tenung baik-baik sekurang-kurangnya 10 saat, kemudian lihat ke dinding serta merta sambil pejam mata beberapa kali:

Sesuatu yang akan mengejutkan anda!
1) Lihat pada 3 titik hitam tersebut. Lapangkan fikiran anda jgn fikirkan apa2. Hanya fokus pada 3 titik hitam.

2) Tenung sampai 10 saat. Kiraan sendiri.

3) Lepas tu lihat ke dinding. Tenung pada dinding.
Anda dapat hasilnya? Jangan segan silu untuk komen dalam blog saya ye.
Subhanallah.. Allahuakabar..
"Ya Allah.. sesungguhnya Engkau telah jadikan kami sebaik-baik ciptaan"

P/S: Perkara ini saya hendak kongsikan kerana saya pernah melihat gambar manusia yang dilukis dengan warna hitam putih sedemikian, juga mempunyai 3 titik. Dengan kaedah yang sama, saya lihat gambar itu, maka terhasillah imej hitam didinding. Tapi, SubhanAllah, gambar tersebut tidak lama melekat dalam minda. Apabila saya melihat gambar ini, saya dapat rasakan kelebihan Kalimah ALLAH. Semoga apa yang saya dapat kongsikan ini dapat disebarkan kepada sekelian umat manusia. Moga keimanan kita semakin bertambah subur. InsyaAllah

Monday, August 9, 2010

Bakti Sang Tua

Ku mengintai dari kamar hati ini

Merenung getar bibir detik dunia

Kala robek hati sang ibu

Kala hancur luluh benak sang bapa

Berderai cerai sirna langsung kegirangan dahulu

Lantaran laku abai anak-anak

Tidak tertanggung lagi rindu hati

Purnama silih berganti, namun hati tetap mati



Mana jasa mana bakti

Kala rengek kalian minta belas kasihan

Minta setitis susu ibumu

Minta kasih nan merintih

Terngiang-ngiang suaramu

Hingga rasuk menusuk jiwa sang tua

Bertukar rintih gelombang duka

Adakah kalian alpa, curah bakti laku murni dan damai

Memujuk rajuk duka nestapa

Namun tuba yang dibalas

Walaupun madu yang kau galas



Mana janji manismu, mana ungkap setiamu

Kala ghairah meratah mewah kehidupan

Melakar panorama kejayaan di daratan keduniaan

Mengembang sayap kemegahan

Namun alpa lara sengsara dalam sangkar sengketa

Membiar terlantar sang tua merintih rindu

Kala meniti hari

Mengutip sisa hidup

Dalam indah dunia yang tak terasakan

Moga jasa bakti sang tua terbalaskan.



Teristimewa buat kedua orang tuaku yang disayangi

Hj Mohd Khairy & Hjh Asnani

-Master Hasryn-

090810

Subang Suria



Salam Kemaafan...

Sempena Kehadiran Ramadhan yg dialu2kan ini, saya menyusun 10 jari ingin memohon kemaafan & keampunan kepada semua sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan & sesiapa shj yg mengenali diri ini atas kesalahan & kesilapan saya samada sengaja mahupun tidak, samada melalui perkataan, perbuatan mahupun dalam hati. Jua halalkan makan minum..=) Sy dahului dgn salam kemaafan buat kalian semua. Ihya' wa Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Sunday, August 8, 2010

PROMOSI RAMADHAN - POPIA GULUNG


TEMPAHAN POPIA GULUNG UNTUK HARI RAYA

DI DATANGKAN DALAM 2 PERISA:

1) PERISA UDANG
2) IKAN BILIS

PROMOSI BULAN RAMADHAN

RM32 /KG
RM16 UTK 1/2KG

 (TERMASUK KOS PENGHANTARAN PERCUMA TERUS KE RUMAH)

UNTUK PENGHANTARAN PERCUMA, MINIMUM ORDER ADALAH 3 KG

JADI, APA TUNGGU LAGI, KAMI HANYA MENGAMBIL TEMPAHAN SEHINGGA 15 RAMADHAN!

JAMINAN KAMI? PASTINYA ANDA AKAN PUAS HATI DENGAN RASA POPIA GULUNG KAMI YANG ENAK, LAZAT, RANGUP & MEMUASKAN HATI

CEPAT BUAT TEMPAHAN SELAGI STOK YANG KAMI ADA BELUM DIHABISKAN! DALAM SIMPANAN KAMI HANYA TINGGAL BEBERAPA RATUS KG YANG TINGGAL, DISEBABKAN TERLALU PANTAS MENDAPAT TEMPAHAN

UNTUK TEMPAHAN:

SMS: NAMA< >ORDER POPIA __KG < > PERISA __ < > ALAMAT

DAN HANTARKAN KEPADA:

HASRYN AZZUAR MOHD KHAIRY
SRI ANANAS ENTERPRISE

  DI TALIAN
017-6233669

Friday, August 6, 2010

BAGAIMANA MEMPENGARUHI SEMUA ORANG TANPA MENGUNGKAPKAN WALAU SEPATAH PERKATAAN PUN

Setiap Orang Hanya Ada 10 Saat Pertama Untuk Menunjukkan Bahawa Kita Adalah “Somebody”

Apa khabar kalian. Pasti Luar Biasa Hebat! Kenapa saya berkata sedemikian? Sudah pastilah apabila kita berasa Luar Biasa Hebat pada hari ini, segala masalah yang berlaku sepanjang hari semalam akan dapat dilupakan. Lupakan segala masalah yang membelenggu diri kita. Fokus pada apa yang akan kita lakukan pada hari ini, esok dan hari berikutnya. Teruskan membaca buku ini, yang pastinya menjanjikan platform yang terbaik untuk anda mempelajari teknik-teknik berkesan untuk berhadapan dengan semua orang tanpa rasa ragu-ragu lagi.

Bab kali ini akan menghuraikan tentang bagaimana mempengaruhi seseorang tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun. Ayuh kita lihat senario di mana apabila dua orang mula bertemu dan memandang ke dalam mata sesama sendiri, ia merupakan suatu potensi masa yang paling hebat jika dapat digunakan sepenuhnya. Ini adalah kerana mengikut kajian, setiap orang mempunyai masa hanya 10 saat yang pertama untuk menunjukkan kredibiliti kepada orang lain. Pandangan yang pertama adalah pandangan terbijak dan terbaik yang biasanya akan ‘menilai’ kehebatan seseorang. Maka, tidak hairanlah jika ramai diantara kita yang pernah terjerumus dalam kontroversi ‘cinta pandang pertama’. Pandangan pertama ini akan menutup dengan kemas segala jalan dan kebiasaannya memori ini akan kekal selama-lamanya dalam minda.

Untuk huraian versi penuh seterusnya, nantikan e-book terbaru saya...Salam kejayaan dari saya, Master Hasryn.



Monday, August 2, 2010

Sehari Selembar Kata:

"2 Perkara Yang Apabila Kita Lakukan & Keluarkan, PASTI Akan Bertambah Lagi Rezeki Yang Akan Datang Kepada Kita, Iaitu Bersedekah Dengan Ikhlas Kerana ALLAH dan Menuntut Ilmu, Maka Jangan Takut & Kedekut Untuk Melakukannya"... Ihya' Ramadhan.. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.

Sehari Selembar Kata:

"Kenali & Kuasai Kekuatan Diri Sendiri Terlebih Dahulu, Gilap Potensi Diri Semaksimum Mungkin, Barulah Mudah Untuk Menjadikan Diri Lebih Hebat Daripada Kebiasaan, Dan Kemudian Bantu Orang Lain Untuk Sama-Sama Menjadi Hebat"...Master Hasryn

Thursday, July 29, 2010

Sehari Selembar Kata:

"Ubah diri sendiri terlebih dahulu, baru dunia akan berubah! Be always positive, then all of the positive things in the world will go to you"...Master Hasryn

Wednesday, July 21, 2010

Sehari Selembar Kata:


"Hanya Orang Yang Berniaga Tahu Betapa Peritnya Perasaan Apabila Rugi Besar Atau Gagal Dalam Perniagaan, Dan Hanya Orang Berniaga Jua Yang Tahu Betapa Hebat Dan Dahsyatnya Perasaan Apabila Melihat Akaun Bank DiPenuhi Dengan $ (Untung)..." Master Hasryn (Matlamat> Makan Gaji vs Makan Duit) (^_^)Y

Waktu berdoa kejayaan pada 23 Julai 2010 (Jumaat)





Waktu berdoa kejayaan pada 23 Julai 2010 nanti: 
Kebetulan sangatlah hari Jumaat pulak tu! Untuk 23 Julai ini didapati banyak waktu berdoa untuk kekayaan rezeki dari bercakap/ berceramah/ bersyarah. Elok sangat untuk individu yang bekerja menggunakan "suara" seperti penceramah, peguamcara, eksekutif jualan/ pemasaran, konsultan, pensyarah/ bakal guru, seumpamanya. Juga, ada beberapa doa seperti biasa untuk kekayaan dari rezeki bisnes. Pada hari tersebut banyak pola-pola best untuk kaya dari pelbagai sumber sebenarnya. Untuk rakan/ client yang bukan Muslim, anda juga boleh berdoa mengikut cara anda sendiri pada waktu yang diberikan di sini juga.
Doa kekayaan untung bisnes: Antara 5.30 pagi - 7.30 pagi (lelaki & wanita) untuk penduduk Semenanjung Malaysia dan Singapura:

Untuk penduduk negeri/ negara lain: antara 5.00 pagi - 7.00 pagi waktu tempatan anda.

Doa kekayaan rezeki dari bersuara dan menjadi pemimpin hebat: 
Antara 1.30 petang - 3.30 petang (elok berdoa ketika antara 2 khutbah Jumaat serta ketika sujud terakhir Solat Jumaat) dan juga 5.30 petang - 7.30 malam (lelaki & wanita) untuk penduduk Semenanjung Malaysia dan Singapura. Untuk penduduk negeri/ negara lain: antara 1.00 petang - 3.00 petang serta 5.00 petang - 7.00 malam waktu tempatan anda.
.
Doa kekayaan rezeki bisnes peruncitan atau bahan galian / sumber dari dalam tanah (bukan untuk curi pasir di Selangor atau Johor) - antara jam 3.30 petang - 5.30 petang (lelaki & wanita) untuk penduduk Semenanjung Malaysia dan Singapura. Untuk penduduk negeri/ negara lain: antara jam 3.00 petang - 5.00 petang waktu tempatan anda.

Sumber: Cikgu Eddy Rosyadie

Marilah semua ye.. Sama-sama berdoa LillahiTa'ala.. Jangan kerana lain pula ye.. Saya doakan kejayaan, kekayaan & keimanan kepada anda semua..dan saya juga mengharapkan doa daripada kalian. Moga Allah sentiasa memberkati hidup kita. InsyaAllah.




Sehari Selembar Kata:


"Semakin Banyak Kita "MELABUR" Kepada Ilmu, Semakin Banyak Peluang-Peluang Keemasan Datang Kepada Diri, Apabila Minda Sudah Bersedia Untuk Menerima Kekayaan, Maka Kekayaan Akan Mula Datang Kepada Kita Tanpa Henti"...Master Hasryn (Renungkan & Fikir-Fikirkan)

Tuesday, July 13, 2010

Sehari Selembar Kata:

"Jika Mahu Senang Masa Hadapan, Kita Kena Sanggup Merasa Susah SEKARANG, Jika Kita Hanya Mahu Bersenang Lenang SEKARANG, Pasti Perjalanan Hidup Akan Menjadi Sukar Di Masa Akan Datang"...Master Hasryn

Sehari Selembar Kata:


 

"Kita Mempunyai Masa Yang Terlalu Singkat Untuk Menjadi Orang Biasa, Tetapi Jika Sudah Menjadi Luar BIASA, Masa Akan Menjadi Seperti Lebih Panjang"...Master Hasryn

Wednesday, July 7, 2010

Sehari Selembar Kata:


"Apabila jatuh cinta, biarlah jatuh cinta dengan bersungguh-sungguh & penuh ikhlas, maka hasilnya PASTI hidup lebih BAIK, CERIA & GEMBIRA, terlebih lagi bila cinta yang disemai & dibajai itu kerana Allah, Tuhan Yang Maha Pencipta"...Master Hasryn

Friday, July 2, 2010

Sehari Selembar Kata:


"Jadilah Seperti Resmi Penyu, Berjaya Bertelur Beratus-Ratus Biji, Hanya Air Mata Menjadi Saksi, Susah Senang Orang Lain Tidak Tahu, Jangan Jadi Seperti Resmi Ayam, Hasil Hanya Sebiji, Tapi Riuhnya Sekampung. Biar Senyap Asalkan Hasilnya Membuak-Buak"...Master Hasryn

Thursday, July 1, 2010

Sehari Selembar Kata:

"Rata-rata Orang Kaya & Berjaya, Mereka Akan Melakukan Sesuatu Dengan SEGERA Tidak Bertangguh, KONSISTEN Bukannya Sambil Lewa, YAKIN Bukannya Lembam, BERTANGGUNGJAWAB Bukannya Lepas Tangan"...Master Hasryn

Thursday, June 24, 2010

PROMOSI BULAN REJAB


Promosi Bulan Rejab! Buku 50 Kewajipan Seorang Muslim: RM10 Yang Wajib Dilaburkan Untuk Kesejahteraan. (^_^)Y Hanya Yang Terbaik Dari Ladang. SMS ke
Master Hasryn: 017-6233669 utk pertanyaan.

Wednesday, June 23, 2010

Sehari Selembar Kata:

gambar ehsan pakcik google. =)

"Setiap Perkara Yang Boleh Diselesaikan Dalam Masa Sehari, Jangan Ditangguh Sehingga Esok, Kerana Perkara Yang Bertangguh PASTI Tidak Menjadi, Maka Lakukan Secepat Mungkin Untuk Mendapatkan Hasil Yang Memuaskan Hati"...Master Hasryn

Sunday, June 20, 2010

Sehari Selembar Kata:


"Seorang Pengukir Yang Mahu Menghasilkan Sebuah Ukiran Bermutu Tinggi, Mestilah Terlebih Dahulu Memastikan Ketajaman Pisau Pengukirnya, Begitu Jugalah Apabila Seseorang Mahu Menjadi PAKAR Dalam Sesuatu Bidang, Mestilah Belajar Bersungguh-sungguh Dengan Mendalam Tentang Ilmunya, Pasti Akan MengANGKASAkan Dirinya Kelak"...Master Hasryn

Saturday, June 12, 2010

Sehari Selembar Kata:

"Orang Yang Berjaya, Sentiasa Cuba Mengelak Untuk Mencari Alasan, Tetapi Orang Yang Gagal Pula Sentiasa Cuba Mengelak Dengan Mencari Alasan"...Master Hasryn

Thursday, June 10, 2010

PUISI DETIK 31 OGOS

1957, tanggal 31 Ogos
Negaraku bergegar
segenap pelusuk tanah tumpah darahku
segalanya bergetar
segalanya melonjak gegak gempita
gembira kala janji termeterai
Laungan demi laungan
3 kali bergetar
umpama laku bom atom
yang pernah menggegarkan bumi terbitnya matahari
tatkala itu
masih segar dalam hamparan memoriku
sirna duka, tampak muka ceria
segenap pelusuk tanah ini seolah meraikannya
ada yang menangis tanda gembira
ada yang gembira dalam duka
ada yang kebah dari sakit lukanya
ada yang masih terus berduka
mengenang hilangnya si pemimpin keluarga
31 Ogos kini masih segar
dalam kotak berkaca disulami besi bertatah air mata
ku yakin bahawa ianya cukup indah
menjadi suatu tarikh keramat
yang cukup tepat terpasak dalam benak nurani
bagi yang pernah terkorban
dan pernah kehilangan
Namun kerisauanku kini
tatkala anak-anak muda kini pula terkorban
oleh manusia bertopengkan syaitan
satu persatu terkorban
tatkala petik 31 Ogos berdetik
tatkala itulah juga anak muda hilang pertimbangannya
maka sirna juga
erti perjuangan
sirna erti kepahitan
lantaran nafsu menjadi raja

Anak-anakku
Ingat pesan orang tua ini
kami hanya tinggal berapa detik
untuk meneruskan perjuangan
mungkin esok, mungkin lusa
kami pergi meninggalkan kalian
hayatilah erti sebenar perjuangan
hayatilah erti sebenar detik 31 Ogos itu
yang pernah dan telah menumpahkan darah
di bumi bertuah
bernama Malaya

-Master Hasryn-
26 Mei 2010

Sehari Selembar Kata:

"Jangan Mudah Jemu Untuk Melakukan Sesuatu Yang Sukar, Dan Jangan Juga Separuh Jalan, Kerana Seutas Kawat Besi Mampu Memotong Sekeping Papan Dan Titisan Air Mampu Melekukkan Seketul Batu Yang Besar"...Master Hasryn

Saturday, June 5, 2010

Sehari Selembar Kata:

"Perhatian Yang Terlalu Besar Yang Diberikan Dalam Memerhatikan Kelemahan Orang lain Membuatkan Kita Mati Tanpa Mempunyai Waktu Untuk Mengenal Kekurangan & Kelemahan Diri Kita Sendiri. Maka Lebih Elok Kita Kenali Diri Sendiri Dahulu Tanpa Siibuk Hendak Memerhatikan Kelemahan Orang Lain"...Master Hasryn

Sehari Selembar Kata:

"Sebatang Pokok Yang Besar Bermula Dari Sebutir Benih Yg Kecil. Sebuah Bangunan Tinggi Bermula Dari Sebakul Tanah. Perjalanan Beribu-ribu Batu Bermula Dari Langkah Yg Pertama & Sebuah Kejayaan Besar Bermula Dari Kegagalan Yg Selalu Datang Menimpa"...Master Hasryn

Wednesday, June 2, 2010

Sehari Selembar Kata:

"Dalam Dunia Ini, Kesalahan Akan Lebih Mudah Menjadi Bualan Orang Berbanding Kebaikan Yang Dilakukan Walaupun Kesalahan Yang Dilakukan Adalah Kali Pertama & Kebaikan Yang Dilakukan Pula Sudah Beratus-Ratus Kali"...Master Hasryn

http//hasrynazzuar.blogspot.com

Saturday, May 29, 2010

Sehari Selembar Kata:


"Janganlah Memuji Seseorang Kerana Nampaknya Besar & Memandang Remeh Seseorang Kerana Nampaknya Kecil, Kerana Lebah Termasuk Dikalangan Haiwan Terkecil, Namun Dialah Yang Menghasilkan Madu Yang Termanis & Berkhasiat & Semut Juga Termasuk Dalam Golongan Itu, Namun Mampu Mengangkat Bebanan Sehingga 10 Kali Ganda Berat Badannya"...Master Hasryn

Friday, May 28, 2010

Sehari Selembar Kata:


"Sekeping Emas Tidak Akan Hilang Kemegahan & Kemurniannya Walaupun Dicairkan Dengan Kepanasan Api 100 Kali, Begitulah Semangat Seorang Wira, Tidak Boleh Hilang Pertimbangan Walau Dilanda Badai 100 Kali"... Master Hasryn

Saturday, May 22, 2010

Sehari Selembar Kata:

"Cita-Cita Dan Matlamat Adalah Seperti Beliung Yang Tajam, Dapat Membuat Jalan Untuk Merentasi Hutan Rimba Dan Belukar Kehidupan Ini. Namun, Hidup Yang Tidak Mempunyai Matlamat Pula Umpama Mengayuh Kemudi Di Lautan Bergelora Tanpa Tahu Arah Tujuan"...Master Hasryn

Monday, May 17, 2010

ALANGKAH INDAH HIDUP INI


Alangkah indah hidup ini
Jika semuanya yang dilakukan
keranaNya…



Alangkah indah hidup ini
Jika ikhlas yang beraja dihati…
Alangkah indah hidup ini
Jika kemaafan jadi amalan sebati…



Semakin dekat kita padaNya
Terkadang diuji, hampir tersadung…
hampir terjatuh…
Tapi ingat, ujian itu adalah ujian dariNya…
dalam menguji keimananmu…
menguji keikhlasanmu mendekatiNya…
dan jika air matamu berderai keranaNya..
berita gembira menunggumu..
bahawa hatimu telah lunak dan lembut dengan kurniaNya..
itulah tanda kau bersyukur..



dan sampaikanlah khabar gembira ini…
pada burung-burung yang berkicau…
pada gunung-ganang dan bukit-bukau..
pada batu-batuan dan air dilautan..
pada umat sekelilingmu,
kerana itu adalah janjiNya
pada sekelian alam dan segala isinya…
berita gembira bagi umat yang sentiasa mengingatiNya…
sudah pasti Dia sentiasa mengingatimu
setapak kakimu mendekatiNya…
seribu langkah Dia dekat padamu…
begitu indah hidup ini…
Indah rohani
Indah jasmani
Indahlah hidup ini…

Master Hasryn
"Jurulatih Motivasi Sensasi"