Strategi Pemasaran Internet - Produk Digital - Pelaburan Hartanah





Wednesday, March 10, 2010

Kenali Ubat Anda - Penisillin

Penisilin


Penisilin merupakan salah satu dari jenis ubat antibiotik. Penisilin diperolehi daripada kulat yang bernama penisilum.
Penisilin digunakan dengan meluas untuk merawat jangkitan pada pelbagai bahagian tubuh, seperti penyakit:
gonorea
siflis
antraks
pneumonia

Dalam Perang Dunia Kedua, ramai askar telah diselamatkan kerana luka mereka dapat dirawat dengan penisilin. Terdapat pelbagai jenis penisilin dan setiap satunya adalah khusus untuk membunuh kuman tertentu.

Secara umumnya penisilin merupakan suatu ubat yang selamat digunakan. walaubagaimanapun, terdapat segelintir pesakit yang sangat peka terhadap penisilin. Apabila seseorang memakan penisilin, mereka mungkin menjadi sakit, merasa gatal, semput, ataupun ruam kulit. Dalam kes yang serius, pesakit itu boleh mati akibat kekusutan penyakitnya.

No comments:

Post a Comment