Strategi Pemasaran Internet - Produk Digital - Pelaburan Hartanah





Friday, March 19, 2010

SEBUTIR PERMATA

Sebutir permata di tengah hamparan pepasir
Bukan mudah untuk ditemui…
Tetapi…tidak mustahil…
Biarpun ia sukar, akan kusahut kesukaran itu
sebagai satu cabaran bagiku
dalam menuju cahaya Ilahi
kerana ku takut akan kegelapan dan kesuraman dunia kini…
yang penuh noda dan nista…
yang penuh dengan duri dan onaknya…
umpama ku mencari sekelumit cahaya
di tengah kegelapan pekat malam itu..

gelombang dan ombak kekusutan lautan dunia ini kucuba harungi..
biar sesekali ku hampir hanyut dipukul badainya
ku terus dan ku terus cuba untuk renanginya…
kerana kutahu nun di hujung sana
terdapat pulau indah
yang selalu kuimpikan…
untuk ku bersemadi selamanya disitu…
moga impianku tercapai
biar badai yang menggunung jadi taruhan nyawaku…
biar deras lautan kehidupan ini mampu menghanyutkanku…
ku tidak akan gentar…
akan kurenanginya…
menuju pulau destinasi impianku…

Master Hasryn
190310

No comments:

Post a Comment