Strategi Pemasaran Internet - Produk Digital - Pelaburan Hartanah





Sunday, March 21, 2010

Sejenak Bersama Peoplepreneur Business School

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dari meja penulis Diari Peoplepreneur Business School.

Setelah beberapa bulan menyertai PBS, kelihatan semakin hari semakin kuat dan tegas keinginan untuk lebih berjaya. Kejayaan yang mencakupi seluruh aspek. Kejayaan bukan sahaja bermaksud 'berjaya' dari sudut kewangan sahaja, tetapi ia mempunyai maksud yang lebih meluas. Hidup lebih tersusun, matlamat makin jelas, jalan kehidupan tersusun rapi perancangannya, dan berbagai-bagai lagi takrifan 'kejayaan'.

Mengenali orang-orang yang berjaya dan hebat seperti Dr Azman Ching, Dr Irfan Khairi, Abang Abu, Mr Allen Lee, Billi Lim, Chef Li dan ramai lagi telah membuatkan 'mindset' menjadi lebih positif dimana tiada langsung istilah putus asa selepas ini dalam mengejar matlamat menuju impian. Mereka semua dijadikan mentor dalam mengharungi dunia perniagaan yang diminati sejak kecil. Hadis Nabi yang menceritakan bahawa 9/10 sumber rezeki datangnya dari jalan perniagaan memang TEPAT sekali. Mengikut statistik, lebih daripada 75.8% orang yang berjaya memperolehi "kebebasan kewangan" tidak lain dan tidak bukan, datangnya dari jalan perniagaan.

Ini menguatkan lagi keazaman untuk menjadi lebih HEBAT setelah mengenali potensi diri dari "WHO ARE U WORKSYOP" dimana mendedahkan kebolehan dan kekuatan sebenar kita dimana. setelah mengetahui kekuatan, HARUS lah FOKUS pada kekuatan dan jangan 'tamak' merebut segala peluang lain. Memang dibenarkan dan digalakkan untuk 'tamak' dalam mengejar kekayaan, tapi seeloknya ikutlah resam 'biar kecil asalkan berhasil' jika dibandingkan dengan 'merebut segala peluang yang hadir, tetapi akhirnya satu hasil pun tidak hadir!!!'

Sepanjang menyertai PBS, terlalu banyak yang dipelajari; ilmu-ilmu perniagaan, skil-skil menawan pelanggan, skil komunikasi berkesan, 'dare to fail', 'dare to face rejection', 'dare to sell', dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang tidak mampu ditulis kesemuanya disini. Berkenalan dengan orang yang HEBAT membuatkan diri lebih 'bermotivasi'. Mana tidaknya, melihat rakan-rakan seangkatan PBS berjaya seorang demi seorang membuatkan diri sendiri tergerak untuk berusaha lebih gigih. Persaingan dalam perkara positif PASTInya membuatkan kita lebih matang mengharungi liku-liku kehidupan ini.

Sejenak diri ini berfikir, merenung kembali impian-impian yang dilakarkan pada kotak MINDA sekian lama dulu. Ada diantaranya TELAH BERJAYA dipenuhi, namun masih banyak lagi IMPIAN yang masih belum tercapai. Tidak akan putus asa!!! Itulah sinonim perkataan bagi sahabat-sahabat PBS!!! Perkataan dan sifat 'ANTUSIAS' telah meresap dalam diri setiap ahli PBS untuk menggapai impian masing-masing.

Sekian dahulu coretan dari meja penulis Diari PBS.

Moga ketemu di lain masa.

Salam Kehebatan dari saya, SEE U TOGETHER AT THE TOP!!!

No comments:

Post a Comment