Strategi Pemasaran Internet - Produk Digital - Pelaburan Hartanah





Monday, March 8, 2010

Aplikasi "The Law of Attraction"

Salam pertemuan sekali lagi.
Saya hendak berkongsi perjalanan sepanjang hari ini. Saya bangun dengan penuh ceria..(",) Bila start je bertolak ke tempat kerja, saya pun lakukanlah perkara rutin saya iaitu set dalam minda separa sedar saya utk dptkan perjalanan yang lancar semasa memandu. Pejam mata, set dalam minda & penuh yakin saya mulakan perjalanan. Sepanjang perjalanan, saya sentiasa fikirkan yang positif yg akan sy lalui sepanjang hari.
Terkezut yang amat apibila drp 9 traffic light yg ada sepanjang jalan, hanya 2 yang merah. Yang lain2 semuanya hijau. Mungkin kebetulan. Then, apabila start kerja di HKL yg penuh & bizi teramat tu, hari ni pulak sy bertugas di Klinik Warfarin (Sejenis Ubat Cairkan Darah utk pesakit2 jantung). Sy agak terkezut sekali lagi bila sume pesakit2 sy, drp lebih kurang 40 pesakit tu, cume 2 je kes yg rumit utk sy selesaikan. MasyaAllah!!! (sy tersenyum dlm hati!!! Betapa kebesaran Allah mengatasi segalanya).
Sepanjang hari yg sy lalui lebih byk perkara positif yg berlaku berbanding yg negatif. Antara contoh yg negatif ialah tayar transport sy pula pancit masa sy nak balik kerja. Tapi sy hanya tersenyum & terus-menerus berfikiran positif. Alhamdulillah, dalam masa 1/2 jam je dah setel. Sy balik dgn penuh senyuman. Sepanjang jln, sy seperti biasa, berlatih & terus berlatih bercakap, berucap & berpidato. Macam2 teknik sy aplikasikan. Sebagai contoh, sy gigit sebatang pen & terus berlatih berucap dgn pen melintang di mulut. Itu adalah antara teknik2 yg diajarkan oleh bekas guru sy semasa sy belajar ilmu pidato dulu.
Em..nampaknya, sy akan terus-menerus aplikasikan Law of Attraction. Tapi telah di"Upgradekan" dgn menambah nilai2 Al-Quran & As-Sunnah.
Sekali menulis, terus menulis.
Master Hasryn

1 comment: